LANGKAWI OH LANGKAWI

Salam,
Sudah terlalu lama aku tidak menjengah blog kesayangan aku ini, memang aku tak nafikan kesibukan kerja membuatkan aku kadangkala hilang idea dan mood untuk menulis di blog ini.

Aku baru sahaja pulang dari Langkawi sebuah pulau yang sememangnya tidak pernah putus dengan kedatangan pelancong dan kebetulan pula waktu sekarang cuti sekolah sememangnya menjadi tempat tumpuan. Semua hotel penuh termasuklah hotel tempat aku menginap. Walaupun hotel yang aku duduk ni selekeh namun tetap penuh. Aku tanya penganjur kenapa Hotel Bahagia yang dipilih?? jawapan yang senang dari penganjur....semua hotel lain penuh hotel ini sahaja yang terima sampai 5 hari kursus. Redhaaaaaaaaaaaaaaa..............

Sebenarnya aku telah dipilih oleh DBKL untuk menghadiri kursus ini. Kursus Lead Auditor dari 21 - 25 November 2011  yang mana kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran dan kelayakan seorang auditor ISO untuk menjadi Ketua Auditor dalam sesebuah organisasi yang mempunyai persijilan MS ISO 9001:2008. Aku memang dah dengar tentang kursus ini. Memang kursus ini agak sukar memandang Sijil yang dikeluarkan adalah sijil kelayakan bukan sijil kehadiran. Terdapat beberapa syarat yang perlu aku penuhi untuk membolehkan aku mendapat Sijil Kelayakan ini. Rangka kursus ini seperti biasa ada ceramah dan sesi soal jawab yang mana memberi pemahaman lebih terperinci kepada aku tentang Standard ISO dan tatacara mengaudit serta kaedah yang terbaik dalam mengenalpati proses kualitiya sesebuah organisasi. Selain itu bagi memastikan Sijil Kelayakan diperolehi aku perlu lulus dalam ujian ,kuiz dan tugasan yang diberikan. Ujian mewakili 70%, Kuiz 5% dan Tugasan 25%. Markah lulus untuk aku dapat sijil adalah 70%. Cuba bayangkan dalam tempoh 5 hari aku kena buat semua tu. Tertekan jugak sebenarnya sebab tugasan dia boleh tahan mencabar dan yang paling mencabar soalan exam dia yang mana ada Objektif, jawapan pendek, jawapan panjang dan Case Study.

Alahamdulillah semua dah lepas, result dia tunggu jer la dalam 2 minggu lagi keputusan akan sampai ke DBKL harap aku lulus, tapi masalahnya tanggungjawab yang harus aku pikul lepas ini lagi berat. Menjadi Ketua Auditor kepada semua auditor DBKL yang jumlahnya 100 lebih bukanlah satu tugasan yang ringan hanya doa dan kekuatan sahaja yang aku ada untuk memikul bebanan itu, dengan tugas hakiki lagi yang perlu aku beri perhatian. Siapa cakap kerja kerajaan ni mudah, tidak mudah seperti yang orang dok cakap. Masuk kerajaan then baru nilai. Macam aku ni jawatan jer Akauntan tapi bukan hanya kerja akaun yang aku buat,  ISO, Aset, KIK, KPI, 5S semua nak kena tengok jugak urmmmm redhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

Orait sampai di sini dulu sempat aku update kisah suka duka di Hotel ciput akan terpahat.........dengan biliknya sampailah ke servisnya adoiiii laaa memang teruk tapi syukur laaa dapat jugak hotel dari tido tepi jalan hehehe.

ok salam.

SEKADAR RENUNGAN UNTUK WANITA

Salam,
Walaupun aku masih belum berkahwin atau masih belum memahami wanita namun ingin aku kongsi ilmu di bawah, moga membawa manfaat.

Bacalah untuk pengetahuan dan panduan menjaga aqidah dan iman
Tujuh Perempuan Bertanya , Seorang Lelaki Menjawab.......“Ah, mujur aku ni
lelaki!”
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya
oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog
dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan
kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluh...an remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja.
Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita,
padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe
pulak.”
 
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian
harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan
anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak
beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap
suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak
bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan
nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat
dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita,
dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita
yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula
cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur
ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa
Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan
petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang
dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan
terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi
laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat
perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,
agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama
hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit
anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya,
jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak
pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib
taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia
sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.
Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung
dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?
Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa
saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada
isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta
pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak
begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti
awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai
orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu
maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!
Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki
awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah,
awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya,
dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat
lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu
lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita
jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka
awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang
mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum
lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki
biasa namun beriman.
 
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut
dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan
diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada
manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta
manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat
baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

SAJAK YG DIJANJIKAN

TINTA TAKDIR

Aku menyusun langkah memahat bumi mencari erti,
Menyusun jari melenggokkan pena mencari erti,
Memerah keringat daya fikir mencari erti,
Namun pengertian hanya ungkapan takdir tiada ertinya,

Jasad aku dan jiwa aku hanya beraruskan takdir,
Diatur, dicatur atas apa yang tertulis,
Maha Besar yang berkuasa atas kerdilnya tubuh aku,
Di sisiNya siapalah aku,

Zarah-zarah dosa dan pahala,
Memimpin nafsu dan iman yang ternoda,
Menitip sebuah kehidupan diluar batasNya,
Tinta takdir menulis kehidupan yang nyata,

Aku terus mengalun rentak coretan hidup,
Menggubah irama lenggok pena sebuah takdir,
Mengubah warna tinta takdir agar bercahaya,
Mengiringi sebuah perjuangan aku anak desa,

(Nukilan : Alaz Alang)

Itulah sajak yang dapat aku ilham untuk diri aku yg amat kerdil di atas pentas yang maha luas.


SENYUM BELUM TENTU GEMBIRA

Salam,
Kebiasaannya aku jarang nak menulis di blog ini, kadang-kadang ambil masa berbulan baru nak update. Namun bila hati aku ingin meluahkan sesuatu, ingin berbicara sesuatu atau ingin menghamburkan sesuatu makan laman inilah menjadi tempat aku mencurahkan segalanya.

Sekarang jam 8.30 malam, aku masih lagi berada dipejabat kerana ada beberapa perkara yang perlu aku siapakn, macam biasalah kalau pagi dan petang mesyuarat maka lepas waktu pejabat baru aku siapakn semak bil-bil bayaran. Alhamdulillah selesai dan aku sudah buat pengesahan di dalam sistem bank. Sekarang cuma tinggal dua laporan "migration data" yang perlu aku semak dan perlu hantar pagi esok setelah ditandatangan. Sebenarnya dua laporan ini sebelum raya lagi telah aku terima tapi jiwa malas aku menyebabkan aku lambat nak semak. Bila dah mula masuk kerja Selasa hari tu baru aku sempat semak sedikit demi sedikit. Biasalah ada dua laporan dan dua-dua kena semak dan komen dari muka surat depan sampailah muka surat belakang. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Perkara ini penting juga sebab Sistem ePBT baru ini akan "live" pada Januari 2011 dan sekarang modul dibawah seliaan aku dalam peringkat "simulation run" so sebelum hujung tahun selepas tutup akaun semua data-data dari sistem lama akan di "migrate" ke sistem baru. Kalau ada yang kurang dengan laporan aku semaknya ni jawabnya data-data yang dipindahkan ke sistem baru mesti salah.

Kadang-kadang tertekan juga sebab untuk menjayakan sistem baru ini bukan mudah, tambahan aku ambil alih separuh jalan setelah sistem siap dibangunkan sebelum ini seperti yang aku ceritakan di dalam blog ini, aku langsung tidak "invovled" URS dan juga langsung tidak pernah didedahkan dengan penggunaan sistem dan tiba-tiba sahaja kena ambil alih. Semangat dan jiwa yang kental sahaja yang menjadi iringan aku serta kata-kata semangat dan ucapan dari Kak Lin banyak membuat diri aku kadang-kadang tersedar jika semangat aku semakin luntur. Sebenarnya aku agak rapat juga dengan seorang yang boleh aku gelar KAKAK. Beliau memang seorang akauntan yang berjiwa kental, banyak perkara yang aku belajar dari dia begitu banyak. Banyak nasihat yang dilontarkan kepada aku yang membuatkan diri aku bersemangat bangun untuk teruskan perjuangan bersama dia untuk menjayakan projek sistem baru ni. Kadangkala kalau aku ada masalah dalam kerja dialah tempat aku mengadu kerana dalam ramai Akauntan senior di DBKL ni hanya dia yang paling aku percaya. Alhamdulillah dia sekarang telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Pengarah, dan sememangnya dia layak dengan jawatan di terimanya sekarang. Tidak ada keraguan dan tidak boleh dipertikaikan kerana beliau memang seorang yang kuat bekerja. Kadang-kadang aku ambil dia sebagai model untuk aku terus bekerja kuat di DBKL. Aku berharap hubungan adik dan kakak akan berkekalan, insyaallah dan aku akan menyokong dia untuk pastikan sistem sekarang yang dibangunkan berjaya.

Ok lah rasa macam dah lewat, nak balik dulu. Kemungkinan malam ini tido lewat sikit sebab Kak Lin nak laporan ini pagi esok, jadi aku kena siapkan malam ni juga huk huk huk padan muka aku sapa suruh beraya sampai lupa kerja waaaaaaaaaa.

P/S : rasa macam nak menulis sajak pulak. Tunggu entry depan heheheh...kalau korang perasan ada jer sajak nukilan aku yang aku post dalam blog ni. tapi sekadar untuk baca jer yerr jangan ciplak lak heheheh. ciowww

ILMU UNTUK DIKONGSI

JANGAN MENGELUH

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB:"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12

????

Salam....
Tajuk yang sesuai hari ni hahaha....saje je menggatal tangan nak update blog ni rasa nyer takde pe pun nak tulis..alang-alang tak buat apa walau pun bz ngan keje tapi tangan aku menggeletik je nak menaip. Tapi kali ni kisah apa laa aku nak tulis...takde idea sebenarnya urmmmmmmmm.....

Cuma tadi sebelum balik keje aku bual kosong dengan officemate aku heheh banyak cerita keluar...dan aku tak sangka mamat sekor ni peramah orangnya...banyak benda yang kitaorang share dan banyak gak yang aku korek dengan dia.....happening gak keje ngan dia...banyak tolak ansur dan yang penting kerjasama dan banyak kongsi idea sebenarnya......walaupun aku kat tempat baru tapi tempat lama tetap dalam hati sebab banyak sebenarnya kenangan ngn staf-staf lama aku....banyak suka duka dan pahit manis sepanjang hampir 7 tahun aku kat sana. Melalui pengalaman tu la aku nyer chemestry sampai sekarang masih ada dan aku harap diaorang semua tak lupakan aku hehe...

Dekat tempat baru dengan staff baru plak...cuma aku dengan staff tempat baru ni tak berapa rapat sangat mungkin kerana aku masih baru dekat situ dan diaorang tak faham perangai dan stail keje aku macamana cuma kesimpulan yang boleh aku cakap staff baru ni semua cakap aku ni macam singa lapar??? ayoooo ada ke macam tu heheh kalau kat tempat lama diaoarang panggil aku orang hijau tapi tempat baru aku baru terdengar2 diaorang panggil aku bapak tiri.....lantak laaa diaorang nak panggil apa yang penting keje jalan dan keje siap hehhe insyaallah lama-lama esok diaorang faham la stail keje aku camne. Staff tempat lama aku faham aaa aku camne sebab diaorang tahu time berjimba memang aku ngn diaorang berjimba tapi time keje memang keje buat betul2 sampai siap. Hopefully lama-lama esok staff tempat baru aku faham laa...aku ni bukan jenis singa mengaum tak tentu pasal huhuhu...

Hari ni aku jalani hidup dengan kesibukan kerja dekat pejabat dan esok juga jadual aku penuh urmmm tak tahu bila ada kekosongan dan kelapangan...so far pindah tempat baru memang aku x amik cuti lagi la maybe masih bersemangat kot heheh harap2 semangat ni akan kekal sampai bila2......

orait laaaaa berenti sini dulu chioqqqq