TINTA BUAT YANG TERSAYANG

As salam, salam rindu..salam sayang... salam cinta...,
 
"Hi boyfren" ucapan yang kerap juga aku dengar dari bibir dia ketika panggilan telefon...walaupun aku tahu dia penat.. dia stress..dia sunyi..dia gelisah...dia letih...dia rindu pada aku tapi suara ceria tetap menerjah telinga aku...sampai satu saat kadangkala suara keletihan dan keluhan terpacul juga dari bibir dia hurmmm............percayalah abang juga berada di situasi yang sama, cuma kadangkala sebagai seorang lelaki memang tidak pandai untuk bermain kata..bermain madah atau mengucap kata romantis kerana lelaki dilahirkan hatinya keras dan egonya amat tinggi yang kadangkala sukar untuk ditafsirkan namun jauh di sudut hati abg ada satu perasaan yang lembut..sayu...rindu dan cinta yang tidak dapat abg ungkapkan.
 
Entry kali ini ingin aku coretkan apa yang ada dalam hati yang tak terungkap dan tak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata. Tinta buat yang tersayang..insya allah buat bakal isteriku dan peneman hidup aku dunia dan akhirat. Abang harap sayang terbaca luahan abg mungkin apa yang abg tulis untuk yang kali terakhir atau juga sebagai tatapan untuk mengingatkan sayang bahawa abg bukanlah seorang yang sempurna sebagai manusia. Keinginan abg cuma satu...untuk melihat kita di satukan dengan sah dan halal di sisi Allah dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah serta membina sebuah keluarga sakinah insya allah...walaupun itu harapan tetapi ia tetap satu doa yang sentiasa abg alunkan tiap kali abg selesai solat.
 
Ingatlah sayang bahawa abg seorang lelaki...abg seorang lelaki yang lemah dan tidak sempurna yang masih mencari jati diri..yang masih mencari irama kehidupan untuk menjadi melodi yang indah untuk kita alunkan. Kadangkala abg tersasar daripada landasan menuju janji yang kita meterai dan kadangkala abg terlupa bahawa abg mempunyai tanggungjawab untuk mencari haluan agar kita di satukan. Namun percayalah abg sedang berusaha dan abg pastikan bahawa sayang adalah insan yang akan berada di sisi abg.
 
Abg tidak semulia sahabat nabi abg juga bukanlah seorang alim ulamak yang 100% peratus boleh memberi pimpinan agama buat sayang dalam mengharungi hidup bersama abg ..namun abg akan berusaha untuk menjadi seorang suami,,seorang insan dan hamba Allah yang benar-benar bersungguh untuk membentuk sebuah keluarga yang diredhai-Nya amin........Setelah diijabkabulkan sayang adalah tanggungjawab abg dan abg faham perkara itu...abg berharap sayang hormatilah abg sebagai suami dan fahamlah tanggungjawab sebagai isteri adalah di sisi suaminya dan sebagai seorang suami adalah menjadi tanggungjawab abg untuk menjaga sayang hingga akhir hayat abg kerana sayang adalah segala-segalanya bagi abg... selepas IBU abg yang tercinta.
 
Sayang.....setiap apa yang dirancang adalah dibawah takdir Allah andai kata kita tidak disatukan percayalah bahawa takdir Allah itu adalah yang terbaik..abg berharap agar tidak ada sengketa antara kita tetapi abg berdoa agar perkara itu tidak berlaku dan berdoa agar sayang adalah jodoh abg yang telah di tetapkan Allah di lul mahfuz...... amin.
 
Akhir kata terima lah diri abg seadanya..terimalah kekurangan abg seadanya dan terimalah perangai dan tabiat buruk dan baik abg seadanya kerana tidak ada manusia yang sempurna. Salinglah kita melengkapi antara satu sama lain....sayang mekengkapi kekurangan abg dan abg melengkapi kekurangan sayang. Sama-sama kita berdoa ini adalah yang terbaik untuk kita berdua. Percayalah inilah kali kedua ada rasa cinta dalam hati abg.
 
Love u ..salam sayang salam cinta..selamat malam girlfren.............
1 Response
  1. Anonymous Says:

    baca blog abang dari awal sampai akhir, serasa macam baru semalam semuanya berlaku... siapa U yg pernah sempat singgah di hati abang??

    Girlfriend Cemburu


Post a Comment