PUTERAKU AQIL AMSYAR

Puteraku Aqil Amsyar,
Kuatlah putera ku untuk memberi semangat pada Umi mu,
Kuatlah puteraku untuk menyemai kasih abah dan umi,
Singgahmu dirahim Umi hanya untuk sementera,
Hanya untuk menguji hati lembut Umi mu,

Aqil Amsyar,
Semoga engkau lahir sempurna segalanya,
Semoga engkauh gah seperti namamu yang di pilih Abah dan Umi,
Semoga engkau menjadi anak yang soleh untuk Abah dan Umi,

Aqil Amsyar,
Lantunlah jiwamu dibawah Al-Quran dan Hadith,
Geraklah langkahmu kearah kebenaran Ilahi,
Keraskanlah hatimu di landasan kemuliaan,
Pasakkan tubuhmu menentang kejahilan,
Lapangkanlah hati mu menyebut nama Allah

Aqil Amsyar,
Mutiara hati Abah dan Umi,
Jadilah kamu pelindung kepada adik dan Umi,
Moga engkau dewasa menjadi pemuda yg cekal,tabah,bijak,beriman,dan kuat menentang badai hidup,
Sesungguh ujian dunia adalah berat,
Doa Abah dan Umi agar kau membawa kami ke syurga Allah

amin Ya Rab.....selamat datang Aqil Amsyar ke pangkuan Abah dan Umi

Nukilan : Alaz Alang (16 November 2015) 20.33 pm

1 Response
  1. Saif Haqiem Says:

    sedap nama baby..congratz once again...sure excited & rasa berbeza bila dh jadi bapa...hehehehe


Post a Comment