HIDUP

Inilah kehidupan yang Allah telah sediakan untuk manusia, setiap orang apabila lahirnya ke dunia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan ajalnya.Allah telah aturkan perjalanan hidup kita dengan cintaNya. Setiap yg berlaku adalah atas kehendakNya, namun sebagai manusia kita harus berdoa agar takdir Allah itu adalah yg terbaik untuk kita.

Aku pernah melalui hidup yang amat sulit...aku pernah lalui saat hati aku dihancurkan...aku pernah hampir putus asa dengan hidup lantaran tidak mendapat kerja...aku pernah difitnah merosakkan rumahtangga orang...aku pernah ditipu kerana kepentingan manusia itu sendiri.

Namun Allah tetap beri kelebihan pada aku...Allah tanamkan hati yg ikhlas..hati yg baik untuk aku ikhlas dan redha dengan segala yg telah di takdirkanNya. Namun sejauh mana dan sampai bila hati ini boleh bertahan hanya Allah sahaja yang tahu.

Perjalanan hidup aku masih jauh..masih banyak perkara yang aku impikan belum aku capai. Adakah aku punya kesempatan untuk menggapainya..adakah aku diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk aku mengotakannya. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Duhai hati bertabahlah mengharungi ujianNya...bertabahlah dengan apa yg dikurniaNya..bertabahlah dengan segala kerenah manusia dan yang pasti bertabahlah jika kau diberi ujian kesusahan dan derita dariNya, sesunggugnya ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Moga Allah mengizinkan aku untuk membahagiakan semua orang disekeliling aku...biarlah senyuman dari wajah ku dapat menggembirakan hati semuanya. 

hati oh hati sabar dan tabahlah....

1 Response
  1. Saiff Ghani Says:

    lama dh tak tengok blog ni...tak sangka masih aktif...
    ujian tu tetap ada kat mana2...antara berat @ ringan..selalunyer yg berat utk mereka yg cekal & sabar sbb Tuhan tahu sejauh mana kita mampu handle ujian tu...mungkin ujian yg berat tu utk insan yg terpilih...hanya Tuhan saja yg maha mengetahui...ada hikmah smuanya...


Post a Comment