ABAH & UMI RINDU............
7:05:00 PM
Assalamualaikum.....
Lama betul tak mencoretkan sesuatu di laman blog ini..sejak aku mendirikan rumahtangga aku rasa inilah kali pertama aku menulis kembali di blog kesayangan aku. Hari ini genap 9 bulan lebih aku mendirikan rumah tangga bersama pasangan aku..dan dalam tempoh 3 bulan lagi aku akan menimang cahaya mata pertama perkahwinan aku. Jika nak ditanya tentang apa perasaan aku sememangnya aku memang teruja untuk menimang cahaya mata namun disebalik keterujaan itu terselit seribu rasa gelisah dalam hati seorang lelaki. Aku hanya lelaki dan manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan..aku bukan seorang suami yang sempurna untuk isteriku dan acapkali terselit perasaan gusar bolehkah aku menjadi seorang abah yang baik untuk anak aku. Sejak aku berkahwin doa tidak pernah putus dari hati aku memohon kepada Allah agar aku dikurniakan anak yang soleh dan solehah yang menyintai Allah dan Rasul lebih dari apa pun di dunia ini.
Penantian aku dan isteri lagi 3 bulan ini banyak memberi dugaan kepada kami berdua, kesabaran dan kepayahan isteri aku untuk mengandung 9 bulan amat aku hargai namun ak tidak pandai untuk menunjuk erti kasih sayang itu...adakah aku seperti ayah aku? hurmmmm sukar untuk aku jelaskan..namun jauh disudut hati aku ak sayang isteriku..aku sayang anak yg bakal lahir ke dunia itu sahaja yg mampu aku ucapkan di dalam hati aku..moga isteriku tabah mengharungi hari-hari bersama anak yang dikandungkan. Moga Allah memberi rahmat dan memberkati isteriku dan anak yang dikandung. Ak akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan hatinya walau aku tidak pandai untuk melakukan itu semua. Sayang......percayalah dalam dunia ini abg tiada perempuan lain yang abg cintai selain isteri yang halal buat abg..........keliling abg hanya dilingkari sahabat-sahabat yang hanya sekadar sahabat buat abg.........sepertimana abg faham ayang dengan life ayang begitulah ayang kena faham abg dengan life abg.
Abah & Umi ..hurmm panggilan yang manis untuk aku dan isteri hehe.....anakku jadilah anak yang baik yang membahagiakan abah dan umi...yang menyejukkan hati abah & umi dan yang membawa abah & umi ke syurga Allah aminnnnnnnn...
love u sayang...love u my baby muachhhhh
Post a Comment