AKU DAN AKU

Assalamualaikum,
 
Tiba-tiba jari jemari aku ingin merakam tulisan kisah aku untuk beberapa ketika. Sebelum pergi solat jumaat sempat la nak coretkan beberapa perkataan untuk blog aku yang dah lama sangat aku tinggalkan. Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku, namun hidup aku masih belum sempurna, masih belum lengkap, masih banyak masalah yang perlu aku selesaikan. Kadangkala buat kotak fikiran aku begitu serabut, untuk tidak memikirkannya aku akn keluar dengan kawan-kawan aku atau membaca buku yang boleh buat aku mengantuk dan terus tidur kerana dengan tidur aku akan melupakan soal hidup.
 
Betul orang cakap dunia ini hanya pinjaman dan hanya sementara dan hidup tiada dugaan dan cabaran ibarat sebuah filem yang hambar dan tidak menarik. Melalui dugaan dan cabaran yang Allah campakkan sahaja manusia akan mengerti dan menghargai hidup yang diberikan. Kadangkala aku berfikir adakah aku mampu untuk lalui semua dugaan yang Allah berikan?? namun jawapan dari hati aku cuma satu.... Allah telah mengatakan bahawa Dia tidak akan memberi dugaan kepada hambaNya yang tak mampu untuk menanggungnya kerana Allah itu Maha pengasih dan penyayang. Melalui ungkapan itu aku berasa sedikit lega dan tenang. Kadangkala aku kuatkan diri aku di depan kawan-kawan kerana aku tidak mahu tunjuk bahawa aku sedih tetapi bila keseorangan, Allah sahaja yang Maha Mengetahui berapa banyak air mata aku yang megalir. Kegembiraan yang aku hamparkan dan ketawa keceriaan yang aku tunjukkan hanya fizikal namun jauh disudut hati tersembunyi kesedihan, jerih payah dan seribu satu perkara yang aku fikirkan. Aku akan kuat kerana aku lelaki dan seorang anak yang hanya mampu untuk tersenyum dan menyembunyi segala-galanya dari semua orang.

Sifat dan sikap aku memang terlalu merahsiakan dan sukar untuk aku ceritakan kesedihan dan kepayahan aku kepada orang. Perkara yang paling utama aku sukar untuk mengeluarkan perkataan mohon pertolongan pada orang selagi kudrat dan daya aku masih ada untuk melakukannya. Hidup aku tidak mahu menyusahkan orang lain walaupun pada hakikatnya aku memang payah dan perih.

Tahun 2013 adalah tahun paling getir dalam hidup aku, tahun paling susah dalam hidup aku, tahun yang banyak mengalirkan air mata aku, dan tahun yang membuat aku ingin lari dari semua orang. Namun aku gagahi, aku sabar dan aku yakinkan hati aku bahawa akan tiba satu saat Allah akan mengurniakan berita kegembiraan buat aku insya allah jika aku bersabar dengan ujianNya aku akan beroleh kemenangan.

Sekarang aku berada dalam situasi kepayahan namun aku tak mahu fikirkan. Aku biarkan masa menentukan segalanya. Ya Allah bagilah aku kekuatan diri, kekuatan akal, kekuatan iman, untuk aku meneruskan langkah di bumi Mu..aminnnn
0 Responses

Post a Comment