INDAHNYA KERNA ADA DIA
5:57:00 PM
Salam nusantara pembaca blog yang aku kasihi.......
Rasa terlalu lama blog ini bersarang tanpa disentuh oleh jari aku...saat ini aku masih mampu tersenyum kerana aku sudah ketemu dia..insan yang bakal aku nobatkan sebagai pendokong aku dalam meneruskan liku-liku dan sisa-sisa hidup yang ada. Sehingga saat ini aku begitu pasti bahawa dialah yang aku sayangi.
Tawa riangnya buat stress aku hilang sejenak..suara manjanya buat aku terhibur kerana dia menjadi dirinya bila dengan aku. Kesederhanaannya buat aku lapang menerimanya dan sikap rendah diri yang paling utama yang harus ada pada setiap wanita buat aku tersentuh.Sesungguhnya aku mencintainya cuma aku berharap cinta aku kepada tidak mengatasi cinta ku kepada Allah.
Aku berdoa agar permulaan perkenalan kami dan perancangan kami untuk mendirikan rumah tangga akan dimakbulkan Allah. Sesungguhnya kadangkala aku bimbang dan khuatir kerana setiap perkara baik yang dirancang pasti akan ada dugaan dan rintangan. Moga aku dapat melalui dan mengatasinya dengan rasa yg tabah. Moga dia boleh menjadi suri dan tulang rusuk ku kelak dan hingga ke syurga. Amin...........
Sekian buat mu sayang Abang mencintaimu.. insya allah jika jodoh kita kuat kita akan disatukan dengan ikatan yang halal bergelar suami dan isteri. Buat mu i love u.............

Post a Comment