AKU HANYA ADA-NYA

Assalamualaikum,
Indah pagi ini tetapi cuaca agak panas menyebabkan terasa juga bahangnya semasa aku menaiki LRT. Dalam seminggu dua ni memang fikiran aku kurang tenteram banyak yang aku fikirkan kadang-kadang aku merasakan orang yang paling hampir dengan aku sendiri seperti aku tidak kenal lagi. Aku biarkan segalanya berlalu dengan masa, dan aku mengharapkan masa akan memberi jawapan kepada aku.
 
Aku ada ramai kawan tetapi tak semua kawan yang aku kenal boleh menjadi sahabat baik yang menjadi tempat untuk aku bersandar ketika aku tersungkur jatuh, tempat untuk aku berbual dan berbicara tentang hidup ketika aku berada di dalam kesedihan dan keresahan, tempat aku meluahkan rasa seorang lelaki dan tempat aku bergantung tatkala aku sudah hilang arah. Sukar untuk mencari sahabat yang memahami dan sanggup menghadapi susah senang bersama. Aku faham kerana inilah dunia kerana dunia ini Allah ciptakan dengan pelbagai ragam manusia dan setiap hati manusia juga sukar untuk dibaca hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya.
 
Semalam lepas kerja aku keluar dengan sahabat baik aku dan seperti aku cakap aku ramai kawan tapi aku tak punya ramai sahabat baik. Tapi aku bersyukur dikurniakan seorang sahabat sepertinya yang sudi menghiburkan aku ketika aku hampir tersungkur. Sahabat baik yang sudah hampir 14 tahun aku mengenalinya sejak mula belajar sehinggalah sekarang. Dia memang seorang pendengar yang baik dan amat faham tentang aku. Kalau keluar dengan pasti aku dan dia ada sahaja perancangan yang tidak dijangka. Semalam dia bawa aku ke Petaling Street, rancangan aku nak cari season terbaru Spartacus tapi drama siri tu dah habis setakat season 3 jadi aku tukar cari cerita lain. Aku beli Game of Trhrone, masa mula amik aku dah standby dalam RM80 nak bayar tapi tiba-tiba dia cakap "nah masuk beg ko" hehehe free rupanya..ceh guna kuasa. Patut la selama ni dia asyik cakap "ko nak dvd apa ckp jer tajuk nanti aku cari" rupanya dia memang boleh ambil free dekat kedai cina tu dan kawasan Petaling Street memang kawasan dia jaga. Rezeki aku kot ambil jer la...
 
Balik dah lewat semalam tapi aku dapat hilangkan rasa kerunsingan aku dan masalah aku sekejap.Balik rumah penat dan tidur........Zzzzzz pagi ni kembali seperti biasa meneruskan usaha dan daya menggunakan sistem baru yang semua staff aku panggil "E-Jahanam" istilah yang aku rasakan agak kasar tapi itu lah hakikatnya yang perlu kami semua hadapi dan aku harap dapat campak sistem ni ke sungai Klang. Bukan nak negative thinking tetapi kami semua dah buat yang terbaik untuk guna pakai sistem ni namun byk sangat masalah yang timbul. Peace no war...redha itu yang penting ...apa pun kalau tiada sesiapa didunia ni yang boleh aku bergantung, aku masih ada Allah tuhan yang sentiada beradi di hati aku. Minggu ni hari-hari dengar lagu Opic..memang best buat hati aku tenang... terima kasih pada kawan yang baru aku kenal yang sudi untuk download dan whatsaap semua lagu-lagu Opic yang aku minta....
 
Take care daaaaaaaaaaaaa


0 Responses

Post a Comment