DUGAAN DALAM HIDUP

 
 
Assalamualaikum...
 
Sudah lama aku tidak update blog ni sampai layout blog untuk update pun dah berubah. Mungkin tidak banyak cerita yang ingin aku kongsikan. Tapi hari ini jari-jari aku terasa ingin sekali meluahkan sesuatu yang aku pendam. Mungkin aku patut luahkan disini kerana tiada tempat lain lagi boleh aku kongsi. Sungguh berat berita yang aku terima dari mulut kawan baik aku sendiri. Dari raut wajahnya aku tahu dia menyimpan seribu satu masalah dalam hidupnya. Setiap butir perkataan yang terbit dari mulutnya umpama seribu retakan cermin yang akan berkecai begitu juga dengan titisan air mata penyesalan yang tidak berkesudahan. Lama juga dia bercerita pada aku, mungkin selama ini aku kurang mendengar masalahnya kerana itu beliau sering menjauhkan diri dari aku, tetapi malam itu semuanya terhambur keluar. Aku berasa amat bersalah kerana tidak dapat membantunya hanya doa sbg sahabat aku pohon kepada Allah beliau tabah menghadapi saat-saat getir ini.
 
 
Setiap butir ceritanya juga sekali sekala menyiat kulit hati aku kerana betapa terlukanya aku sebagai sahabatnya kerana selama ini yang tidak pernah menyedari kesusahan dan keperitan yang beliau alami. Air mata yang mengalir di raut wajahnya yang semakin berusia membuatkan kadang kala dia malu untuk menatap wajah aku. Matanya tunduk ke bawah sambil beliau berbicara panjang lebar. Aku menenangkannya dengan kata-kata semangat kerana tiada yang mustahil di dalam dunia ini atas kuasa Allah. Aku nasihatkan agar beliau kembali kepada-Nya. Mungkin dugaan yang diberikan kerana dia jauh dengan Allah dan Allah sayang kepada beliau agar beliau dapat lihat dan bertaubat. Alhamdulillah aku mempunyai sedikit ilmu psikologi yang dipelajari maka bolehlah aku gunakan demi membantu untuk menenangkan beliau. Terasa lega dihatiku dapat meluahkan di sini. Setiap hari aku berdoa agar beliau beroleh kekuatan yang tinggi untuk meneruskan hidup beliau. Apa pun beliau tetap sahabat aku dunia dan akhirat walau siapa pun beliau. Kerana Allah telah berfirman tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.
 
wallahhualam..........
0 Responses

Post a Comment