AYAH KU SYG AYAH

Salam,
Malam minggu yg hening diluar hujan masih renyai-renyai, selepas selesai solat mahgrib, aku termenung di atas tikar sejadah merenung liku-liku hidup aku masa kanak-kanak sehinggalah aku selesai menamatkan pengajian aku di sekolah menengah. Selepas habis SPM aku telah ditawarkan ke matrikulasi UUM untuk menyambungkan pengajian aku... ini semua kerana ayah. Apa yg jadi dengan aku sekarang semua kerana ayah. Namun dia tidak sempat utk melihat semua kejayaan aku.

Aku merenung sejadah yang bewarna biru, sudah lama rasanya aku tidak menghadiahkannya al-fatihah. Lalu ku baca surah al-fatihah utk ayah sambil mata ku mula mengalirkan air mata setitis demi setitis kerana mengenangkan aku tidak sempat untuk membahagiakannya. Lantas aku sambung membaca tahlil arwah untuk ayah, moga doa insan berdosa seperti ku ni sampai kepada ayah. Ikhlas aku sentiasa mengingati ayah, wajah terakhir yang aku lihat di dalam liang lahad masih segar dalam ingatan aku. Kali terakhir aku memberi penghormatan kepada ayah mengekebumikan jenazahnya. Bila kain kafan dibuka kelihatan wajahnya bersih seperti redha dengan ketentuan Allah bahawa ajal maut seorang telah ditentukan. Hari-hari berlalu dengan kehadiran ayah di dalam mimpi ku, seolah ayah masih hidup dalam kehidupan ku seharian. Makin aku mimpikan ayah makin banyak doa dan sedekah yang aku kirimkan sehinggalah tiada lagi kehadiran ayah dalam mimpi ku. Walaupun begitu aku tetap mengingati ayah. Jasa dan pengorbananya membesarkan aku tidak terhitung dan tidak terbalas walau segunung harta yang ku taburkan.

Aku masih ingt di waktu kecil, setiap pagi ayah akan bangun awal untuk ke kebun, sebelum aku dan adik-adik aku bangun ayah terlebih dahulu bangun bersiap dengan baju, topi, seluar yang selalu dipakai manakala ibu akan buat sarapan untuk kami semua adik beradik makan sebelum ke sekolah. Sarapan wajib mak sediakan kerana kami adik beradik jarang bawa belanja sekolah terutama aku...aku lebih suka bawa bekal yg mak masak. Setiap pagi ayah akan membawa pisau toreh getah untuk menoreh getah di kebun yang dipajak. Setelah kami semua adik beradik ke sekolah mak pula akan menyusul ke kebun getah yang lain untuk menoreh. Mak dan ayah terpaksa berpecah menoreh di kebun yang berbeza bagi menampung sara hidup dan belanja kami sekeluarga. Itulah satu-satunya mata pencarian untuk besarkan aku dan adik beradik yang lain. Aku dapat rasa kepayahan yang terpaksa ayah lalui, wajahnya yang telah berumur dan tenaganya yg mula tidak berdaya tapi semangatnya untuk membesarkan kami adik beradik dengan rezeki yang halal amat membanggakan aku.

Aku tidak pernah lihat ayah mengeluh penat dengan apa yang dia buat dia tetap bersabar walaupun ketika itu harga getah amat murah dan hasil pendapatan bulanan amat sedikit tapi dengan rezeki yang berkah ayah tetap mampu menanggung kami sekeluarga. Aku masih ingt ketika aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti, ayah dan mak yang paling sibuk untuk mencari duit bagi membayar yuran permulaan pengajian sebanyak RM2000. Jumlah RM2000 ketika itu amat besar bagi kami sekeluarga, aku hampir-hampir ingin mematikan hasrat aku untuk melanjutkan pelajaran kerana sudah pasti mak dan ayah tiada duit dengan jumlah yang begitu besar. Namun ayah tidak pernah berputus asa bagi memastikan aku tetap sambung pelajaran aku. Ayah telah memohon bantuan baitulmal pada masa tu dan berjaya mendapat bantuan yuran pengajian. Alhamdulillah dengan bantuan itu aku berjaya akhirnya. Aku jg masih ingt kata-kata ayah dan mak, yang mereka tidak dapat nak hantar aku masa pendaftaran kerana tiada siapa nak jaga adik tambahan ianya memerlukan wang lagi kalau mereka hantar aku, mujur sepupu aku ada belajar di sana, dengan bantuan beliau lah aku tidak rasa keseorangan semasa pendaftaran. Terima kasih mak yang , banyak bantu wan semasa wan belajar di sana.

Urmmmmmmmm rasa tenang sangat dapat menulis malam ni. Walau aku rasa sedih namun hidup dan pengalaman hidup aku indah. Banyak onak dan duri yang aku tempuhi. Aku pernah lalui hidup yang susah dan dengan sedikit kesenangan yang ada sekarang aku tidak akan lupa dari mana asal aku. Terima kasih Allah, syukur kerana aku diberi nikmat kesihatan, nikmat perkerjaan dan nikmat keselesaan yang Engkau kurniakan Ya Allah. Doa ku tempatkanlah Ayah ditempat orang-orang yang beriman di sisiMu ya Allah, lapangkan kuburnya ya Allah dan ampunkanlah dosa-dosanya ya Allah...........aminnnnnnnnn.
0 Responses

Post a Comment