SUARAKU DALAM HATIMU

Aku merasakan apa yang aku postkan ini tidak disalahertikan kerana ia hanya sebuah puisi bilamana suara aku ingin berkata-kata......yes aku bermain dengan emosi tapi inilah aku. Sajak ini aku tujukan kepada seseorang yang amat aku hormati. Please don't comment anything coz cukup menjadi bacaan kalian...........

SUARA KU DALAM HATI MU

Ku bersuara di sudut kecil hatimu,
Di bawah aliran nadi dan degupan,
Menyusun sebuah bait yang sukar ku lafazkan,
Hanya suara hati yang tidak bernada,
Aku alunkan bagi meluahkan apa yang tersirat,


Kau adalah sifat kesempurnaan,
Yang akan membayangi ketidaksempurnaanku,
Kau berlapiskankan kesucian dan keikhlasan,
Yang membayangi kekotoran dan dustaku,
Kau adalah impian seseorang,
Yang akan diliputi oleh impian kosong ku,
Siapalah aku bagi diri mu,


Walau sekuat mana hatiku menyemai,
Kuat lagi racun yang memusnahkannya,
Walau sekental mana hatiku melawan,
Kuat lagi bisikan yang dititipkan,
Kerana aku manusia biasa,
Kerana aku insan terluka,
Kerana aku hamba yang berdosa,

Ku serahkan pada takdir-Nya,
Ku pasrah pada ketentuan-Nya,
Ku rela apa yang ditulis-Nya,
Kerna aku tahu siapa aku pada pandangan-Nya,

Suara aku dalam hati mu,
Ibarat mutiara yang berkecai menjadi debu,
Ibarat air yang tidak mengalir, kaku dan membeku,
Yang akhirnya hanya tinggal melodi yang tidak bernyawa,
Aku redha.
1 Response
  1. Hezesuze Says:

    alamak! part akhir yg sadiss sgt tu...aduaaiiii nape wahai adik ku??

    Hope kebahagiaan milik ang tau...akak sntiasa doakan yg terbaik buat ang...

    so life must go on wlau apa pun yg terjadi...setiap yg berlaku ada hikmah yg kita sndiri xtau...

    luv u...muaahhh


Post a Comment