SALAH AKU KAH?

Bagai kaca yang terhempas bila kepercayaan yang mula kita semai tiba-tiba dikhianati namun inilah namanya sebuah perhubungan. Tiap yang mempunyai perhubungan pasti ada dugaan yang diuji..tak kiralah perhubungan itu dalam bentu persahabatan, percintaan, persaudaraan atau sebagainya. Sejak dua tiga hari ni fikiran aku asyik memikirkan, tanda soal yang berlegar di kotak fikiran aku sukar utk mendapat jawapan.......SALAH AKU KAH? salahkah dalam hidup ini kita baik dengan orang? salahkah kalau dalam dunia ini kita cuba utk mengenali orang baru? salahkah kalau kita cuba untuk mewujudkan satu talian persaudaraan?

Urmm bagi aku jawapannya SALAH kalau persaudaraan baru yang diwujudkan itu akan memutuskan persaudaraan lama, persaudaraan baru yang diwujudkan itu melukakan persaudaraan lama. Aku telah cuba untuk menjaga hati semuanya....cuba untuk meleraikan semuanya..cuba untuk mengetepikan andaian semuanya...namun mampukah aku? ya sememangnya aku TIDAK MAMPU kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Setiap detik dan saat aku akan terus mencuba, aku akan turunkan sifat egois ku untuk memulihkan kembali keadaan walau kepercayaan aku telah mula pudar. Aku mengharapkan keadaan kembali normal, situasi kembali tenang. Ya mungkin semuanya SALAH AKU...namun adakah semua SALAH AKU? fikirkanlah..............

Ibarat kata orang tua " Kita boleh menarik lembu ke sungai, tetapi kita tidak boleh memaksanya minum air sungai" setiap apa yang berlaku adalah kehendak seseorang dan bukan dr hasutan atau pengaruh dari aku...aku berharap jgn jadikan aku penyebab segalanya berlaku kerana jika itu yang di tanamkan maka rosaklah sebuah persaudaraan.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya....namun buat masa sekarang biarlah masa yang menentukan dan aku akan berusaha untuk memulihkan kembali keadaan Insyaallah...kalau ada keikhlasan maka adalah kejayaan.

Assalamualaikum.
4 Responses
  1. Saiff Ghani Says:

    ayayayai bro...lately entry byk berunsurkan kesedihan terlampau..got big prob ke dlm khidupan harian..???
    apa2 pn sabar la...semua ujian Tuhan...


  2. Hanee Salmia Says:

    Salam perkenalan dari Hanee.

    Tabahkan hati, bak kata orang, kebahagiaan bukan bersandarkan apa yang berlaku di sekeliling kita, tapi diwujudkan dalam hati.


  3. Hezesuze Says:

    aiyarrkk sadis sungguh akak baca n3 ko kali nie Rhuddy...awat dik??

    just PM me if u nk luahkan ye..sharing is caring kan...


  4. Rhuddy Says:

    Thanks kawan-kawan......terasa hikmahnya apa yang berlaku huhuu


Post a Comment