KATA HATI

Maaf kerana terlalu lama tak update blog..kesibukan aku pada tahap melampau menyebabkan aku tak sempat mencoret dan meluah rasa hati aku....keletihan yang melampau dua tiga hari yang lepas menyebabkan badan-badan aku sakit...maybe terlampau banyak barang-barang berat yang aku angkat sampai hari Isnin aku tak pergi raptai APC..apa pun aku puas hati coz aku buat apa yang aku termampu untuk tolong orang lain.....kadangkala kalau orang susah kita tolong orang dan masa kita susah insyaallah Allah akan tolong kita pula....as long as kita buat dengan rasa hati yang ikhlas tu dah cukup baik dan bermakna buat diri aku.......

Betullah orang cakap dalam hidup ni kita kena banyak berkorban....perngorbanan adalah sebuah kebahagian yang kita takkan dapat dimana-mana dan dengan pengorbanan itu jugalah orang akan mengingati kita......walaupun setiap titis pengorbanan yang kita buat langsung tidak dihargai kita perlu redha dan pasrah kerana kita ada Tuhan Yang Esa yang Maha Mengetahui setiap inci hati dan perasaan manusia.......sebagai manusia aku harus percaya kepada Allah dan bukan bersandarkan kepada manusia yang hipokrit dan hanya mementingkan diri sendiri....aku harus percaya bahawa hanya Allah tempat aku mengadu dan kepadaNya aku berserah.............dengan kekuatan itu juga aku melangkah membawa keyakinan diri yang kadangkala goyah dan kadangkala teguh.

"i know u better dari dulu keikhlasan hati dlm membantu orang lain tak pernah sikitpun berkira dan berubah walaupun adakalanya terpaksa berkorban masa dan tenaga diri...but its ok..biar Allah yang menghitung kebaikan niat itu...maybe di dunia kita tak dapat rasa dan sukar untuk kita hadapi tapi segalanya akan mendapat ganjarannya di akhirat k...TT yakin dengan diri Rhuddy dan perjuangan liku-liku hidup Rhuddy"

SMS dekat atas tu aku dapat dr seseorang yang byk memberi nasihat pada aku...dia tahu siapa aku....dan kadangkala aku mendapat semangat dr kata-kata dia..thanks to my friend TT.

Sekarang baru aku tersedar ....aku terjaga untuk menilai mana yang kaca dan mana permata....Allah menunjukkan aku jalan yang terang...dia menunjukkan aku sifat sebenar seorang yang menggelar dirinya kawan...aku tak tahu apa yang difikirkan tapi bagi aku kalau kawan yang hanya mementingkan diri bukanlah dipanggil kawan.....dalam dunia ni kita tidak hidup berseorangan...kita saling perlu memerlu antara satu sama lain.....fikirlah dengan akal agar kita membuat sesuatu keputusan dengan hati yang waras bukan memikirkan hawa nafsu semata-mata.....aku sudah teralu letih untuk menjaga hati orang....aku juga terlalu letih memikirkan banyak perkara demi untuk kebahagian orang lain.......aku juga amat dan teramat penat untuk menghitung segala persoalan-persoalan yang diajukan...CUKUPLAH SAMPAI DI SINI.....dan NOKHTAHNYA SAMPAI DI SINI....tiada lagi penyambungnya...........walaupun aku tahu tindakan ini akan melukakan banyak pihak tapi jalan ini harus aku pilih agar aku tidak membinasakan diri aku dalam ungkapan sebuah PERSAHABATAN.


Thanks to my blog.. sekurang-kurangnya aku puas meluahkan sesuatu di sini.
6 Responses
  1. ala asllu sgt depress taw rhudy ni.ble nk hangout wekk utang bnje weols tuu hahaha


  2. b0b0y Says:

    slamat bersantai di blog RHUDYY.. wakakakakaka.. <---kemain layout baru...hik3


  3. siput Says:

    np sdey sgt... memg agak terkilan bila kj kt tetiba org lain take over..., but mesti ada hikmah disebaliknya. mybe Dia nk u rest kot.. bz sgt kn..? sy pn pernah rs camtu.. redha jer la ye. peace...


  4. Rhuddy Says:

    heheeh....nanti laa rizz..aku plan nanti..tunggu jer k huhuhu

    ala boy nak bersantai nanti kita g pantai hahahaha ok??? dh abis exam kan huhu

    Thanks siput...dlm blog boleh luahkan coz sy sorang jer tahu heheeh...


  5. Saiff Ghani Says:

    bro..sedih je entry kali ni...nape nk sedih2..???life is too short to be sad...so jgn sedih2..ramai lg member2 yg ikhlas nk brkawan ngan bro...selagi kita ikhlas dgn org lain, insyallah org akn ikhlas dgn kita...


  6. Rhuddy Says:

    Ermm saif...dalam dunia memang selalu mcm ni..abg tak kisah saif...abg dah luah dekat blog abg dah lega....thanks saif


Post a Comment