MY EMOSI

EMOSI

Dalam sejenak kurenungi,
Jauh di perbatasan waktu,
Perlahan-perlahan membilang emosi yang hadir,
Aku patah dalam menghitungnya,

Di suatu sudut,
Bicara hatiku membisik sebuah emosi,
Kadangkala kecamuk,
Kadangkala sepi dan sedih,
Kadangkala indah,
Kadangkala riuh dan gembira,
Namun itu hanya emosi,
Aku patah dalam menerima bisikan hati,

Tatkala aku bermain dengan emosi,
Tatkala itu juga emosiku berubah,
Lantas emosiku bercampur baur,
Menjadi zarah beku dan kaku,
Lantas ku hambur menjadi cebisan-cebisan debu,
Di bawa angin entah kemana,
Aku patah dalam mencari destinasinya,

Diri ku masih di sini,
Dengan emosi-emosi yang ku tak pasti,
Apa yang ku tahu aku tegar menghadapinya,
Kerana emosi hanyalah mainan kehidupan,
Kerana emosi hanyalah mainan perasaan,
Ku bangkit menjinakkan akal,
Melestarikan jiwa,
Kerana ku tahu semuanya adalah ketentuanNya.

Nukilan : Alaz Alang (DBKL 2009 : 6.20pm)


Sajak tu memang aku cipta khas untuk diri aku....jgn cakap aku mat jiwang ek heheheh itu hanya sebuah sajak yang membuat aku puas bila aku bacanya kembali.



P/S :Dalam dunia ni aku ada seorang kawan yang amat mengetahui kenapa aku mencipta sajak untuk diri aku. Bila di baca sajak aku dia tahu dan faham bahawa itu bukan diri aku yang sebenar kerana setiap bait itu membawa makna yang berbeza. Dia tahu aku hanya meluahkan segalanya demi kepuasan dalam diri aku.Thanks Yanz kerana memberi sebuah ikatan yang penuh bermakna dalam hidup aku.

6 Responses
  1. b0b0y Says:

    JIWANGGG sehhh abg RHUDDY nie...

    woiii!!! orang kampung... abg RHUDYY seorang yang jiwannggggg!!! wakakakakaka... larikkkk!!!


  2. kemaen jiwangggggggggg hahaha tul la kata boy tu ekekekekke


  3. Rhuddy Says:

    hahahaah sabau jer laa..bro rhuddy suka create sajak aaaaaa.....byk dh sajak yg dicipta ..nanti satu2 bro up..

    ooo Rizz ko nyokong jer si Boy tu yerrrr


  4. Hezesuze Says:

    mamat jiwang yg sengal...wakakaka

    p/s huh! menci3...


  5. wakakak menteri sawan jiwang??? jatih rahang aku wakakkaka patut lew jiwang tue yg sampai dia send dayang2 dia masa katy ulu yam wakakkaka keji nyer pangai wakakkaka

    aku plak suka create lirik lagu wakakakaka (tak termasuk dalam kategori jiwang arr tue namanyer buang tebiat wakakkaka)


  6. Rhuddy Says:

    sorry lerrr kak heze huhuhu jgn marah nanti kena jual heheheh...


    oit Qiella create lagu tu sama jer laaa mcm sajak wakakakakaka..minah jiwang gak aaaaaaaaaaa :P


Post a Comment