SELAGI AKU BERNYAWA

Salam untuk pembaca blog yang aku sayangi....

Mungkin ada diantara kalian yang aku tidak kenali namun aku ucap ribuan terima kasih atas sokongan anda yang tak putus melawat blog aku.Mungkin juga aku mempunyai "silent reader" yang hanya memasuki blog aku namun tidak meninggalkan kesan jejak selepas membacanya. Walau apa pun terima kasih aku ucapkan.Blog ini hanyalah bingkisan hidup aku yang aku rasa tidak ada apa yang istimewa kerana aku hanya manusia kerdil yang masih lagi bertatih untuk mengejar setiap impian yang aku tanam dalam diri aku.

Kadangkala aku mencoretkan keceriaannya hidup aku seharian dan kadangkala aku masuk entry agar semua org boleh berfikir kemana hala tuju kita didunia ni...dan kadangkala aku suka memasukkan cerita dan kisah-kisah pahit dan manis yang aku alami dan lalui....namun itu cuma satu luahan dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Apa yang boleh aku tegaskan setiap entry yang aku masukkan di dalam blog ini mempunyai makna yang besar dlm hidup aku.

Ingin aku kongsikan sajak di bawah untuk semua pembaca...sajak yang kuciptakan khas untuk diri aku...kalau sudi renungkanlah ........

KESAKITAN,
Setiap ketika dan waktu pasti ada,
setiap langkah dan perjalanan pasti ada,
setiap keringat yang mengalir pasti ada,
Pasti ada menjengah setiap inci saraf tubuh ku.

KEPASRAHAN,
Pasrah menerima kenyataan hidup ini,
Pasrah mengakui akan keagunganNya,
Pasrah memikul satu bebanan yang maha berat,
Pada diriku pasrah itu nadi jiwa ku,

KESULITAN,
Sulit untuk mengakuinya,
Sulit untuk menahannya,
Sulit untuk aku mengekangnya,
Kerana kesulitan itu telah terpalit satu nokhtah hitam yang harus diterima,

AKHIRNYA,
Kisah yang lama berulang kembali,
bait-bait telah sampai ke akhirnya,
Memakan diri memamah waktu,
Mengusung hasrat membawa diri,
Menuju ke satu destinasi yang pasti,
dimana akhirnya kita disemadikan.


p/s: Dunia ini hanya persinggahan sementara.Tiada yang sempurna.....dan untuk kali terakhirnya jgn ditanya apa dan mengapa...salamz
6 Responses


  1. ceria2 slalu rhudy we ol leb u..


  2. Anonymous Says:

    nape ni bro..? jgn sdeh2 ar.. kalau sdeh siput pn sdeh gakk.. siput sdehh sbb x dpt mkn ayamm.... huhu.. hwaaa!!
    apapn we must get ready 2 face that 'ajal'... mana tau, mungkin siput yg 'ngadap' dulu. bersedia atau tidak.., BOLOS SJ DINDING ITU..!!!! Wakakaka (sori ekk, tengah sengal nih)


  3. Anonymous Says:

    lain cam je bnyinyer...
    tp tiap manusia de cite idup t'sdr...


  4. Anonymous Says:

    tak sangka HELLOKITTY... my lovely BFF pandai bersajak..mm...berbakat rupanya....!! well...jangan sedih2 ataupun meyalahkan diri diatas apa yang dah berlaku mahupun sedang berlaku diketika ini....WAKE UP dan bangkit dari "lamunan terhenti"....k...


Post a Comment