SAAT INI

Hingga saat ni..nafasku belum terhenti, jasadku masih berdiri, nadiku masih berdenyut.........Untuk ke sekian kali aku terfikir sampai bila hidupku ini.

Umur ku semakin bertambah..tahun ni umur ku telah kepenghujung usia..tahun depan aku akan memperoleh angka baru....hati aku berkata..apa yang telah aku lakukan selama ini...adakah aku telah puas membuat segalanya dalam hidup aku?..arghhhhhhh byk betul persoalan yang bermain di fikiran aku dan sejauhmana aku boleh menolak cinta yang datang? cinta seorang perempuan yang acapkali membuat aku bingung.....kadangkala aku rimas dengan semua ini tapi apa akan dayaku..aku hanya seorang lelaki. Semakin ku tolak cinta perempuan semakin dia menghampiri aku....kadangkala membuat aku takut....kalau dulu indahnya aku bersama seorang wanita yang amat aku sayangi dan cintai sehingga aku tak boleh nk melupakan dia........tapi sekarang aku tak mahu perkara sama berulang dan aku lebih berhati-hati untuk memilih seorang perempuan yang ku boleh jadikan suri dalam hidup ku.

Memang senang orang bercakap..mudah orang berkata-kata....


"kahwin laaaa cepat hilang semua masalah"...

betul ker?? adakah benar semua masalah hidup selesai hanya dengan berkhawin?? lepas kahwin dah xder masalah??...

aku benci dengan soalan-soalan dan pertanyaan

"bila nak kahwin?".....

dan aku sudah mual dengan jawapan standard yang terpaksa aku keluarkan

"Insyaallah kalau ada jodoh kahwin laaa".....

aku juga amat meluat kalau org ckp.....

"Rugi kalau tak kahwin awal..nanti dapat anak dah tua"

Apa kena mengena hidup aku dengan persoalan-persoalan tu? yessssss byk kena mengenanya....semua org tak tahu kehidupan aku...semua org tak tahu apa yg ada dalam hati aku...semua org tak tahu apa yg aku pikul sekarang, semua org tak pernah tahu susah senang yang aku lalui dulu dan sekarang....dr mata kasar org aku senang, aku ceria, aku happy, aku tak der masalah, aku sentiasa byk duit, aku ramai org nak, aku ramai admire, aku sentiasa ketawa dan tersenyum. Namun jauh dr sudut hati siapa yg tahu? hanya Makcik Aziah yang aku sayang shj yang tahu hati anak dia.....hanya Makcik Aziah jer yang faham anak dia.......sebab itu sehingga kini Makcik Aziah tak pernah tanya aku soalan-soalan yang selalu ditanya oleh org sekeliling aku. Sebab Makcik Aziah faham jodoh anak dia akan datang....tak kira lambat atau cepat. Terima kasih Makcik Aziah kerana mak sahaja yang faham anak mak sorang ni...anak mak yg hati dia degil, hati dia keras , hati dia cekal tapi secekal dan sekeras mana pun hati anak mak kadang-kadang hati ni menangis sorang mak....hati anak mak tak pernah fikir nak menyusahkan org lain dan hati anak mak ni cuma nk org lain bahagia walau hati anak mak ni susah. Terutamanya keluarga kita mak.

Dalam hidup aku soal hidup aku..semua aku letak no 2.....soal kebahagian aku ..aku letak no 2...segala kesenangan aku kegembiraan aku...aku letak no 2...kerana yang pertama bagi aku hanyalah keluarga aku...kerana hanya yang pertama bagi aku adalah adik beradik aku dan Mak aku tak lebih dr itu. Itulah tanggungjawab aku...selepas ayah tak der aku rasa semua tanggungjawab tu bawah aku. Aku nak bahagiakan mak aku. Tak ada siapa yang tahu apa yg pernah aku lalui ngan mak aku?? susah senang ngan mak aku tak der siapa yg tahu.

arghhhhhhh rasa macam byk aku luahkan hari ni....ni sahaja tempat aku meluahkan apa yg aku rasa..dengan menulis sahaja aku puas......sekurang-kurangnya aku legaaaaaaaa.
4 Responses
  1. diary, fara Says:

    bravo2
    walaupun kita berlainan gender, aku pun faham gak
    mak aku ada nasihat
    'bukan hidup sebelum kawin tu penting, tapi hidup selepas akad nikah tu penting lagi'
    i just wonder... boleh ker aku?


  2. cL Says:

    huhu..sian tgk abg rhuddy neh... ape3 pn tabah yek.. org x tau ape kt alami..org hanya tgk luaran aje... sian abg rhuddy... ape3 pn moga tabah yek bro...never give up...


  3. sabar lah ade jodoh x kemana kann


  4. alamak awat ang nyer n3 nie bisa membuatkan air mata aku bergelinangan abis berbaldi2 aku tadah nie huhuhu... apa pun keluarga mesti di utamakan... ingat apa yg berlaku pasti ada hikmahnya cuma nasihat aku yg tak perlu sesen pun ang bayar... jangan serik tuk bercinta kerna cinta itu adalah anugerah yang tertinggi dalam kehidupan seorang manusia yang telah Allah anugerahkan... cuba pepandailah tuk mewarnakan definasi cinta tersebut... wahhhhh aku dah bertukarrrrrrr wakakakkaa larikkkkkkkkkkk


Post a Comment