ANTARA HIDUP DAN KEMATIAN


Tiba-tiba plak tangan aku pantas nak menaip...aku ingin meluahkan apa yg aku rasa..apa yg perasaan aku alami........suatu berita yang aku terima yang menghantui fikiran aku..satu berita antara hidup dan kematian. Adakah aku bersedia untuk menerima kenyataan ini. Ingin sekali aku bertanya kepada semua pembaca blog sekelian....apa perasaan kamu semua jika kamu tahu bahawa ajal kamu sudah sampai??? apa perasaan kamu jika kamu tahu bahawa kamu sudah tidak lama lagi untuk hidup dalam dunia ni???

Jawapannya sudah pasti kamu semua akan berasa sedih, takut, dan masih belum bersedia untuk menerima kenyataan itu. Yessss aku menerima khabaran berita itu dengan hati yg tabah..walau ada sedikit kesedihan yg menghantui fikiran aku tapi itulah kenyataan yg harus aku terima......kenyataaan bahawa ajal maut itu di tangan Yang Maha Esa..sebagai hambaNya aku redha menerima berita itu. Namun sejauh mana kenyataan itu aku terima sejauh itu jugalah perasaan aku untuk lari dr menerimanya. Fikiran aku byk berfikir, fikiran aku jadi rungsing.....mungkin 5 tahun, 6 tahun, atau 10 tahun hanya masa yang dapat menentukannya. Cuma hati aku tetap akan berusaha untuk mengubahnya....namun berjayakah aku??? mampukah aku mengubah takdir yang telah ditentukanNya?? arghhhhhhhhhhhhhhhhh byk betul persoalan yg timbul dalam fikiran aku..yg mana aku rasa persoalan itu hanya ada satu jawapan iaitu KEMATIAN.

Apa dayaku..aku hanya insan biasa...bila kita sudah tiada di dunia ini kita hanya akan ditemani dengan amalan-amalan kita......dan kita akan singgah sementara di alam kubur menanti perhitungan di alam akhirat.......kadang-kadang kotak fikiran aku berputar-putar...........adakah sudah bersedia wahai manusia?? tapi berita itu memberitahu aku bahawa.....sedia atau tidak wahai manusia kita tetap akan ke sana........biarlah berita itu menjadi rahsia hati aku dan rahsia diri aku....kadangkala tak semua perkara kita boleh berkongsi....apa yg harus kita buat.... hormatilah diri sendiri dan hormatilah kawan-kawan yang menyayangi kita..jgn sampai kita kehilangan kawan disebab org lain yang ingin melihat hubungan antara kawan-kawan kita hancur. Kadangkala ada kawan yang suka memecahbelahkan kawan-kawannya..dan dia gembira dan senang melihat perpecahan itu....wahai pembaca blog sekalian FIKIRKANLAHHHHH...pilihlah kawan yg boleh membawa kita ke jalan kebaikan dan bukan kawan yang hanya suka kita bila kita senang dan akan campak kita bila kita kesusahan...(renung-renungkan dan selamat beramal)
2 Responses

  1. Anonymous Says:

    mmmmmm......susah nak mentafsir akan kehidupan dan kematian kerana dua perkara itu akan tetap kita hadapi dengan apa cara sekalipun... cuma..hellokitty pernah juga merasa duduk didalam alam kubur dengan bauan kapur barus buatan manusia di tepi pantai selama 7 minit around 1-3 pagi...huhuhu....kursus modal ehsan katakkannnnnnnnnn......
    sewaktu itu hanya fikirkan tentang ingin HIDUP KALI KE2.....mmmm..


Post a Comment