TEATER OH TEATER


SIRAH JUNJUNGAN - TAHAJUD CINTA -
Semalam aku telah menengok satu teater berkonsepkan islam...teater yang banyak memberi aku pengajaran dan kekuatan....yang byk menginsafkan diri aku betapa agungnya Nabi kita Muhammad S.A.W.........marilah sama-sama kita berselawat ke atas baginda Muhammad S.A.W.

Aku memang minat juga menonton teater ni tapi this is the first time aku tgk teater berbentuk islamik.......Syabas aku ucapkan kepada pengarah teater Erma Fatima yang berani untuk mengetengahkan teater begini....dengan kehadiran Dato' Siti Nurhaliza lagi membuatkan suasana benar-benar sayu dan hiba bersama alunan suara lunak merdunya benar-benar boleh menitiskan air mata apabila terdapat babak-babak yang menyentuh jiwa dan perasaaan aku.

Aku bukan untuk menjadi pengkritik kerana aku sedar aku tidak layak menjadi pengkrtik cuma aku boleh mengulas bahawa teater ini amat bagus kalau anak-anak muda tgk.....remaja-remaja liar tgk..dan sesiapa sahaja yang mahu mengetahui perjuangan sebenar Rasulullah. Aku amat kagum dengan pengorbanan sahabat-sahabat nabi...sanggup berkorban dan susah senang bersama Rasullullah....itulah sebenarnya nama persahabatan...suci sesuci air di taman firdausi.......lantas aku mengenang kembali diri aku??? sambil hati aku ingin berteriak .....................

"Hinanya diri aku....adakah aku pernah menyakiti sahabat-sahabat aku?, pernahkah aku melukakan hati mereka tanpa aku memohon kemaafan?, pernahkah aku mengkhianati mereka? atau pernahkah hati aku tercetus perasaan dendam?...banyak benar persoalan yang timbul....aku menjadi keliru dan sedih....aku sedih kerana aku tahu aku mungkin telah menyakitkan hati sahabat-sahabat aku tanpa aku sedar........wahai sahabat-sahabat sekalian jika aku mengeluarkan kata-kata nista..maafkan aku, jika tingkahlaku ku menyakitkan hati..maafkan aku, jika amarah aku terdorong oleh nafsu..maafkan aku, jika diri ni pernah menyusahkan kamu..maafkan aku, jika aku hanya sahabat yang pentingkan diri di mata mu..maafkan aku.........maafkanlah aku wahai sahabat-sahabat...sesungguhnya bertemulah aku dan luahkan jika ada perkara yg membimbangkan kamu atas perbuatan aku"

Tetiba jugak fikiran ku melayang ke Qiella...aku selalu ngumpat dia ..selalu kutuk dia...Qiella kalau ko terasa hati aku minta maaf banyak-banyak..semua apa yg aku tulis tu semua hanya gurauan..kalau ianya berlebihan dan boleh melukakan hati ko aku memohon ribuan kemaafan. adusssssssssssss.........maaf ya ibu Qiella

ermmmm overall aku puas hati dengan menonton teater ini..dan terima kasih to Abg Bad sudi nak tolong belikan tiket dan siap dpt duduk dkt depan sekali..puas aku tgk dato' Siti nyanyi hehhheh best...comel sangat dia. Malam ni aku kenal lagi dua kawan kak Chik......iaitu Kak Ngah ngan Nogy huhuhu........sporting gak Kak Ngah ek....hehheeh. Tapi sayangnya aku tak amik pic malam semalam..malas nak bawa kamera ....nanti aku g cilok pic tu dekat mana-mana blog yang ada heehehe blog Kak Chik ngan Blog Amat mesti ada..nanti aku curi masuk dkt blog aku ek hahahahaa.

ok nak g semayang jumaat.......tata
2 Responses
  1. best la cm nk p je tgok tetaer nih.huhu da tgok iklannye mse kat buletin utama smlm hikss


  2. Anonymous Says:

    hellokitty pun suka tengok teater tapi masih tak berkesempatan.....
    mmmm...wahai sahabatku....dari hujung rambut sehingga hujung kaki telah ku maafkan segala silap dan salahmu secara langsung mahupun tidak langsung... and alwiz to be BBF.....K.....


Post a Comment