SAYUNYERR HATI AKU



Semalam aku balik opis dalam jam 6 petang rasa macam dah lewat jerr....aku pegi ambil dobi dulu kemudian ke Giant batu caves ada barang sikit nak beli...Cartaz sibuk nakkan tabung lerr plak..yer laa mentang-mentang laa duit banyak huhuhu

Entah kenapa yer semalam hati aku sayu sangat...dalam perjalanan balik sambil memandu fikiran aku melayang-layang dan tetiba jer air mata aku keluar....aku cuba tahan tapi aku tak dapat nak menyekang air mata aku.....aku biarkan jer air mata aku mengalir...abg-abg motor dan pemandu-pemandu sebelah semua pandang aku semacam..lantak aaa diaorang pikir apa yang penting aku puas....sepanjang perjalanan kepala dan fikiran aku habis merewang mengingatkan kembali semua kisah-kisah silam yang pernah aku lalui dan tetiba jerr wajah ayah tergambar di kotak fikiran aku...dengan wajah itulah air mata aku mengalir..aku sendiri tak tahu kenapa setiap kali wajah tersebut muncul dalam benak fikiran aku setiap kali itu juga air mata aku mudah mengalir.....tak banyak kenangan yang aku ciptakan bersama ayah....namun aku tahu ayah adalah seorang insan yang berhati mulia...dialah ayah yang terbaik bagi diri aku..tapi aku sebagai anak??..apakah yang sudah aku lakukan untuk dia...sudah lama aku tidak berdoa untuk dia dan sudah lama juga Surah Yassin tidak ku bacakan untuk dia..aku hanyut dengan dunia aku yang aku sendiri tidak tahu di mana penghujungnya.

Semakin lama aku berada di Kuala Lumpur semakin lama juga pusaranya tidak aku lawati..anak apa aku ni???..seorang anak yang tak pernah mengenang jasa ayahnya...byk peristiwa pahit yang sentiasa buat aku sedih bila aku terkenang sepanjang hidup aku bersama ayah......sambil memandu sambil air mata mengalir dan dalam pada itu jugalah aku berdoa agar rohnya sentiasa di cucuri rahmat. Banyak peristiwa yang berlaku selepas kematian ayah...aku sendiri takut dan tidak mampu untuk berkongsi di sini.....peristiwa tersebut banyak memberi impak pada diri aku..selepas seminggu ayah meninggal aku banyak bermimpi tentang dia......yang selalunya mimpi-mimpi itu buat aku menangis...tapi sekarang tiada lagi mimpi-mimpi itu mungkin kerana aku sudah melupakan ayah atau aku sendiri bodoh kerana tidak mengingatinya........

Sudah 5 hari aku tak balik kerumah...dan selama 5 hari itu juga aku merempat dekat rumah member aku....aku tak boleh duduk dalam bilik aku sebab bilik itu banyak mencipta kenangan-kenangan yang aku sendiri tidak mahu mengingatnya.... aku nak buang jauh kenangan tersebut dari hidup aku...aku mahu musnahkan semua kenangan itu...mungkin aku akan berpindah...berpindah mencari tempat baru dan membina hidup baru...entahlah aku kena fikirkan lagi.Betul lah apa yang Abg Din cakap
"seorang kawan kita angkat menjadi kekasih amat mudah dan senang tetapi seorang kekasih kita nak jadikan dia sebagai kawan amat payah dan sukar"
aku terima kata-kata tu coz kata-kata itu memang ada kebenarannya.

Ermmm lepas amik baju dekat dobi aku terus ke Giant dan lepas tu terus ke Damansara..rumah yang sudah 5 hari aku tumpang..aku harap dia tak bosan menerima kunjungan aku huh!!! malu pun ada heheh tapi aku rasa dia memahami masalah aku...habis mandi malam tu dan solat maghrib sempat juga aku berdoa untuk ayah..moga doa ku diterima Nya....

Malam semalam rasa macam nak makan ikan jerr so aku ngan membe aku pun pegi makan dekat Gees Seafood dekat Gombak...lepak dekat situ sampai pukul 10 malam..mata dah mula ngantuk...balik umah terus zzzzzzzzz..ingat nak masuk YM tapi rasa macam malas plak. TQ to my friends coz sudi nak tumpangkan aku.
2 Responses
  1. nizam_5282 Says:

    Sabar ajelah... Apa yang kita tinggalkan kat dunia selepas kita mati?

    -Doa seorang anak yang soleh... Insya'Allah akan di cucuri rahmat rohnya...


  2. pikamerah Says:

    "Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

    Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

    Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik,

    kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik
    nya.


Post a Comment