MESEJ TERAKHIR

Salam...


Rasa macam dah lama jugak ek tak update blog ni hehe..aku baru saje pulang dari Indonesia 22 Februari aritu tu so ari ni dah masuk keje.

Mesej terakhir dari "U" sebelum aku berlepas ke Indonesia...........

"Tata Missed you"

Sepanjang aku di Indonesia aku asyik teringat dia jer..sampai mesej dia aku simpan heeeh terima kasih "U" kerana sudi hadir dalam hidup saya....perhatian dan kasih sayang yang awak baru berikan kepada saya amat saya hargai. Sesungguhnya awak insan yang baik pernah saya jumpa..walau kita berjauhan awak tetap saya ingat. Thanks again.

Aku belum sempat nak update pengalaman aku semasa di Indon ...nanti aku upload satu entry pasal pengalaman aku di sana. Banyak yang aku pelajari sepanjang aku berada di sana. Erti sebenar kehidupan dan erti sebenar kesyukuran.

Hari ni aku sibuk sikit dekat opis...banyak keje yang nak kena siapkan....ada juga report yang belum lagi di semak. Hari ni terpaksa balik awal walau ada keje yang masih belum siap..coz aku ngan cartaz dah buat appoinment ngan doktor gigi..cartaz nak tampal gigi dia dan aku nak buat scalling hehheh betul ke ejaan aku ek huhuhu senang cakap cuci karang gigi heheh. Seingat aku dah 17 thn aku tak jumpa doktor gigi....last aku jumpa doktor gigi masa aku umur 12 tahun so korang boleh agak laa ek umur aku sekarang bape..walaupun aku dah lama tak jumpa doktor gigi tapi doktor tu puji gigi aku cantik dan bersih..dia cakap pandai aku jaga gigi..huhuh ntah aaaa rasanya macam biasa je takder lak aku ni rajin berus gigi...maybe spesis gigi aku dah memang macam tu kot..habis jumpa doktor gigi kitaorang gi makan...lapau lak rasanya habis makan aku terus balik ....tapi sempat aaa update blog kejap

Esok insyaallah kalau sempat aku update pengalaman aku di Indonesia.


0 Responses

Post a Comment