BBQ Team Lagend

Dalam kepenatan balik daripada Seremban aku sempat lagi join aktiviti budak-budak Lagend. Kawan-kawan yang masih baru aku kenali. Budak-budak Lagend buat BBQ malam tu meriah sungguh BBQ dan yang paling best macam-macam BBQ yang diaorang buat...ada sotong, udang, kambing, lembu, ayam dan hot dog ermmmmm sedap ooo. Sambil-sambil makan kak zaharah buat post moterm pasal pertandingan di Cyberjaya dan Titiwangsa...walaupun aku tak dapat join pertandingan tu aku duduk gak aa dengar. Maybe ada sedikit konflik dan salah faham namun semuanya settle dengan cara baik. Terima kasih pada kawan-kawan yang baru aku kenal Faiz,Fendi,Fiq,Lara,Awang,Sab,Wan,Emi,Nad, Asmaq, Kak Sally, Fahmi dan ramai lagi tak lupa gak adik aku Zul. Juga terima kasih kepada AJK yang anjurkan BBQ tu and semua budak-budak Lagend yang datang pada malam tu.

Sebelum pegi BBQ tu Zul dah warning dah pasal Kak Sally heheh tapi bila sampai ok jerr Kak Sally tu..punya laa happening orangnya..tak pernah aku jumpa orang seriang dia...ada jer lawak yang dia buat sampai aku sendiri dok gelak jerr tengok gelagat dia...yang paling kelakar dia dok nak ngorat Amir. Amir rezeki ko laa dapat Kak Sally..dah laa cantik anggun lak tu hehehe.

Dalam hidup ni banyak benda yang kita kena belajar, ilmu dekat dunia ni tak putus-putus cuma kita nak dengan tak nak jer belajar. Aku harap aku dapat apa yang aku nak...aku nak buat semua perkara yang aku nak buat dalam hidup ni yang aku tak dapat buat kerana sayangkan seseorang. Tapi sekarang aku dah bebas dan insan yang baru kenali tak menghalang aku nak buat apa sahaja yang aku inginkan. Kepada kawan-kawan yang baru aku kenali..aku harap perhubungan persahabatan yang mekar di dalam Lagend akan terus kekal selamanya........ermmmmmmm rasa mcm nak join jer pegi Pulau Tioman nanti hehehe tgk laa camner huhuhu
0 Responses

Post a Comment