TAHUN 2009 TAHUN PERMULAAN BARU HIDUP AKU


"Hidup seorang lebih bahagia"

Salam kembali......mungkin tahun 2009 akan membawa seribu makna dalam hidup aku. Tahun yang bakal akan merubah hidup aku, tahun yang aku harapkan akan memberi lebih makna kebahagian yang sebenarnya.

Tahun 2008, tahun yang telah aku tinggalkan, tahun yang banyak memberi pengajaran dalam hidup aku tentang kehidupan yang sebenarnya.Tahun yang membuka mata aku tentang erti persahabatan sebenarnya dan tahun yang paling menyakitkan dalam hidup aku.



Aku kembali kepada diri aku yang asal, kembali pada kehidupan asal yang aku tempuhi dulu dan kembali bersemangat lebih dari diri aku yang dulu.

Tak siapa tahu bahawa sakitnya di tipu, sakitnya bila kepercayaan kita dikhianati oleh insan yang paling kita percaya dalam hidup. Kerana itu telah tiada kepercayaan dalam diri aku untuk insan yang begelar "Manusia". Biarlah aku percaya hanya pada diri aku sendiri sahaja. Luahan ini memang telah lama aku pendam, satu tanggungan dan beban yang aku pikul untuk beberapa ketika. Satu kepayahan untuk aku terima hakikat akan apa yang telah berlaku. Ia berlaku dalam sekelip mata tanpa aku sendiri menduga bahawa perkenalan selama bertahun dikhianati dalam masa sehari. Siapa yang boleh bertahan untuk menempuh kenyataan itu. Tapi aku akur bahawa itulah hakikat yang harus aku terima dan aku menerimanya dengan hati terbuka.

Mungkin ini luahan sedih dalam hidup aku buat seketika di permulaan Tahun 2009. Aku harap aku akan lebih tabah menghadapi tahun 2009 ini. Azam aku untuk sentiasa meluahkan apa sahaja yang ada dalam diri aku di sini.

Dalam aku mengharungi kepayahan dan kesedihan ini masih ada insan yang sudi untuk berkongsi, memberi semangat buat aku untuk terus bangun kembali, menyedarkan akal fikiran aku yang belum waras untuk menerima kenyataan dan sanggup bersusah payah menceriakan kembali hidup aku. Terima kasih buat "C" yang sudi mendengar segala luahan hati aku.

"Bila Allah cepat memakbulkan doa mu, maka Dia menyayangi mu,
Bila Dia lambat memakbulkannya, maka Dia ingin menguji mu,
Bila Dia tidak memakbulkan doa mu, maka Dia merancang sesuatu lebih baik buat mu,
Maka bersangka baiklah dalam apa jua keadaan kerana kasih Allah itu mendahului kemurkaanNya"


Alhamdulillah aku percaya pada kata-kata di atas dan aku percaya Allah merancang perkara yang lebih baik untuk diri aku.
0 Responses

Post a Comment