ENTRY YANG SEPATUT AKU SAMBUNG

Salam, sepatutnya entry ini dahulu yang keluar, tapi oleh kerana aku dalam kesedihan dan kekeliruan makan entry lain yang keluar dulu. Aku semakin happy sekarang. Ok berbalik kepada entry dulu yang mana aku ingin terangkan berkenaan dengan sesi individu dan sesi kelompok. Heheh sebelum tu "nasib aku ni belajar psikologi maka aku boleh laa gak tahan semua dugaan yang datang"

Ok actually sesi individu adalah sesi dimana hanya seorang kaunselor dan seorang client yang akan berada di dalam sesuatu sessi. Permasalahan yang selalu dibincangkan adalah persoalan yang personal dan lebih memerlukan perhatian kaunselor atau helper. kaunselor akan menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang di hadapai dan membantu client untuk mencari alternatif yang sesuai dan seterus client sendiri yang akan membuat keputusan dalam diri dia.

Bagi sesi kelompok pula di mana terdapat beberapa orang client (maksimum 8 hingga 10 orang) dalam satu sesi yang dibuat oleh seorang kaunselor atau helper. Biasanya isu-isu yang dibincangkan di dalam sesi kelompok ini adalah isu-isu general dan tidak terlalu peribadi. Isu-isu yang mana setiap client menghadapi perkara yang sama. Kaunselor atau helper adalah hanya pemudah cara dalam mengendalikan sesi ini. Client sendiri akan berbincang dan menghuraikan setiap isu yang dikemukakan oleh ahli kelompok.Jadi setiap client akan berpeluang untuk mengutarakan isu dan mencari jalan penyelesaian bersama client yang lain. Biasanya sesi kelompok ini akan berterusan sehingga ahli-ahli kelompok ingin menamatkannya.Kadangkala ada memakan masa bertahun-tahun.

Ermm aku rasa aku aku dah tunaikan sambungan entry dulu. Actually kaunseling adalah sesuatu yang aku rasakan amat penting kerana setiap manusia akan menghadapi pelbagai masalah dalam hidup dia dan kadangkala dia akan hilang sifat kewarasan sebab itu kita selalu dengar di dada akhabr mak bakar anak, isteri bunuh suami, ada juga yang bunuh diri. Jangan kita pendamkan masalah seorang diri, carilah seseorang yang boleh kita luahkan dan minta pandangan. Seperti aku, masalah dan kesulitan yang aku alami dalam dua minggu ini aku luahkan kepada kawan aku "C" dan alhamdulillah aku rasa lebih tenang dan yakin dengan diri aku sendiri. So aku tak nak cakap banyak lu pikirlah sendiri hehehe.

adios
0 Responses

Post a Comment