SAMBUNGAN ENTRY DULU

Assalamualaikum....

Dalam entry dulu aku ada cakap nak pergi ke Tok Bali kan??? huhuhu sebenarnya last minit dibuat cancelation.....program tersebut just dibuat di Hotel Dynasty sahaja...macam hampes jer aku rasa huhuuhu.....Alhamdulillah sekarang ini aku dah tamat program persijilan kerjasama antara DBKL dengan UUM....last program minggu lepas aku telah pergi ke Kuala Perlis untuk present last assignment dan laporan praktikum yang aku buat. Seminggu juga aku tinggalkan opis, banyak juga la keje yang menimbun, terpaksa laa aku berkorban.

Aku stay dekat Brasmana Hotel betul-betul di Kuala Perlis. Program presentation tu berlangsung selama 4 hari 3 malam dari 20 Oktober sampai 24 Oktober 2008. Memang best gila..banyak gambar yang aku amik...nanti aku uploadkan gambar-gambar tu dalam sini dan juga dalam fotopages aku (kalau rajin)hehehehe....Antara program yang diadakan selain present laporan aku dan budak-budak opis dibawa melawat ke Hospital Tuanku Fauziah. Di hospital ni kami semua didedahkan bagaimana kaunselor dekat hospital tu handle client yang datang. Dari segi proses dan juga dokumentation, banyak gak perkara yang aku belajar dekat situ. Selain tu sempat gak aku dan kawan-kawan pergi melawat ke Unit Psikatri (Pesakit Mental) dan lihat sendiri macam mana orang gila di rawat.


Aku rasa beruntung gak aaa dapat masuk program persijilan ni, banyak perkara yang aku belajar. Actually semuanya diluar bidang asal aku. Aku dulu dalam bidang Accountancy dan keje pun dalam bidang akaun. jadi Kursus Psikologi ni adalah satu bidang baru yang aku belajar. Banyak kemahiran-kemahiran dan teori psikologi yang aku belajar...semuanya amat berguna dalam aku membantu orang lain dan diri aku sendiri. So sesapa yang nak pakai khidmat aku boleh laaa contact aku ya hehheeh.....boleh adakan sesi ngan aku secara percuma ok.



Dalam entry lain aku akan terangkan apa fungsinya program kaunseling dan apa pentingnya kaunseling kelompok dan kaunseling individu.

Aku rasa sampai di sini dulu...cin cow
0 Responses

Post a Comment