KEPULANGAN

Semalam balik dari Puchong aku singgah umah Cik Mun..lama betul aku tak jumpa Cik Mun rasa rindu pulak aku dekat dia...yer laa selama 4 tahun aku kenal dia..dia banyak bagi kasih sayang dekat aku..melayan aku dan yang paling aku suka bila dia buat sambal belacan heheh memang enak betul.....walaupun dia bukan Cik Aziah tapi dia dah aku anggap mcm mak kandung aku sendiri..........melihat wajah dia malam semalam banyak memberi keinsafan dan seribu kekesalan dalam diri aku...mungkin aku salah...namun aku masih belum pergi jauh..aku telah tersedar dengan apa yg telah aku lakukan....takkan aku nak buang kasih sayang yang Cik Mun bagi semata-mata untuk kepentinga diri aku.....siapa aku untuk menghukum orang sebegitu kerana aku hanya Hamba Allah yang paling hina di dunia ni......di Kuala Lumpur ni aku hanya ada Cik Mun jer untuk aku menumpang kasih..yer la Cik Aziah jauh nun di utara..aku hanya dapat dengar suara jer..tapi dengan Cik Mun banyak perkara yang boleh aku sembang dan banyak juga perkara yang Cik Mun kongsikan dengan aku. Tima kasih Cik Mun sebab sudi nak terima aku sebagai anak. Siapa laa aku kalau di bandingkan dengan anak-anak Cik Mun yang sediada..aku hanya insan yang menumpang kasih pada ibu orang...huhuhuhu sedih laa plak bila tulis entry ni.....


Actually aku baru jer balik KL..aku di kampung 3 hari..jumpa sapa lagi jumpa ibu tersayang lerr hehehe.....puas aku tatap wajah mak aku..dan kadangkala sebak juga dada aku bila lihat wajah dia...banyak onak dan ranjau yang kami lalui bersama dari aku kecil sampai aku besar....aku rasa setiap curahan kasih yang diberi tiada apa yg boleh di balas dalam dunia ni...kalau korang baca entry pertama aku mungkin korang akan tahu bagaimana peritnya kehidupan aku dan mak.ermmmm apa yg best balik kg??? heeheh yang paling best aku dapat mandi air terjun huhuhu nanti aku upload satu entry khas untuk kawasan pelancongan tu...bukan apa cuma nak promo kampung aku...aku juga sempat jugak laa pegi melawat Muzium Arkeologi...itupun aku akan masukkan satu entry khas dan gambar-gambarnya sekali. Aku balik kampung hari tu bukan sorang tau hehhe ngan membe..mula memang dah nak balik sorang ngan adik-adik jer tapi last minuter membe aku nak ikut.....so aku tak de pilihan bawa jer laa....camne Bani dtg kampung aku??? best ker? heeh nanti boleh datang lagi kalau ko nak memancing dekat Tasik Raban ok..........

Ada satu kisah yang akan aku uploadkan kemudian cerita ni berlaku masa aku balik kampung haritu..maybe pada entry lain dan bila aku dah sedia nak tulis dalam blog ni ok.

Ups lupa lak nak beritahu..aku dah pakai cermin mata ..adusssss mata aku dah rabun heehh tak laa teruk tapi kalau jauh nampak kabur....cuma kena biasa pakai cermin mata tu....apa yg aku tak suka ..aku pakai cermin mata tu nampak macam mat skema laa plak biasa muka aku brutal heheeh...tapi kena pakai gak terpaksaaaaaaaaaaaa....

ok laa petang ni ada site visit aku dah nk kena gerak..nak solat dulu..salam kengkawan yang singgah blog..moga kamu semua di rahmati Allah..adios
0 Responses

Post a Comment