Ahli baru dalam keluarga


Ahli baru dalam keluarga aku


Aku dan anak sedara aku


Hisap susu botol..kuat makan tul



Salam.......
sudah terlalu lama blog aku ni bersarang dengan sarang labah-labah.........kalau tak cuci betul-betul mesti dah penuh dengan tahi cicak dalam ni hehehe...namun aku reda kerana kepentingan tugas perlu diutamakan..kadangkala kerja tu datang tak menentu...tahun ini adalah tahun paling sibuk dalam hidup aku.....tahun ini tahun yang paling mencabar dan menguji kekuatan mental serta kekuatan dalaman aku untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan......doakan aku berjaya dalam kerjaya aku. Aku terpaksa juga curi masa lepas ofis ini untuk mencoret sedikit sebanyak perjalanan hidup aku yang aku rasakan aku patut abadikan di dalam blog...perkembangan terkini diri aku setelah insan yang aku gelar wanita yang menabur cintanya pada aku berkahwin dengan jejaka yang aku rasakan itu adalah pilhan keluarganya.....aku reda dan pasrah dan aku sentiasa doakan kebahagiannya bersama suami yang disayanginya.


Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku sejak dua tiga bulan ini.....sekarang aku sedang mengikuti kursus Persijilan Amalan Intervensi Individu dan Kelompok anjuran Universiti Utara Malaysia. Kursus ini dijangka akan tamat pada bulan November setelah tamatnya praktikal 42 jam pada bulan oktober. Namun kursus ini aku ambil secara part time jer yang mana bayaran yuran ditanggung penuh oleh organisasi yang aku kerja hehhe sapa baca blog aku dari awal mesti tahu aku kerja dekat mana.


Selain itu aku mendapat 2 orang baru dalam ahli keluarga aku dimana adik aku yang telah selamat melangsungkan pernikahannya pada 15 Mei 2008 bertempat di Masjid Taman Greenwood dan kenuri kahwinnya pula selamat dilangsungkan pada 25 Mei 2008 sama dengan tarikh birthday mak aku.. Suka aku tgk mak aku bila aku buat surprise malam harijadi dia heehe siap dia potong kek lagi...aku sajer jer buat surprise kek tu untuk dia....bila tgk dia gembira tenang rasanya ahti aku....tak der apa yang lebih bermakna dalam hidup aku melainkan senyuman dan kegembiraan yang mak aku perolehi...kebahagian dia adalah kebahagian dan kegembiraan aku............selain itu aku juga telah dapat seorang lagi ahli baru yang aman kakak aku yang no 2 telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 4 April 2008 jam 11 Malam dengan berat 3.2kg....comel baby tu ada gambar dia kat atas sajer aku attachkan dalam ni.....nama anak sedara aku ni Muhamad Auf Lutfi B Mohd Yunus. Bertambahlah aku sayang anak sedara aku sorang ni mana taknya cucu lelaki sulung dalam keluarga aku........macam muka Pak Lang dia tak??? huhuuhu



ermmmm best kan life aku dalam 3 hingga 4 bulan aku tak update blog ni..cuma aku jer yang masih solo....bukannya aku tak der orang yang nak cuma aku rasa diri aku tak sesuai untuk dia.....tunggu lah masa dan keadaan yang menentukannya.....gadis impian yang aku nak belum lagi muncul dalam hidup aku.........


opsss ada satu lagi cerita hari selasa lepas 3 Jun 2008 aku dan kawan-kawan opis telah pergi menyaksikan Teater P. Ramlee the musical....suka sangat aku tgk teater tu.....kenangan dan perjalanan hidup P Ramle dipaparkan melalui watak-watak yang dilakonkan oleh artis-artis kita seperti Liza Hanim (Saloma), Melissa Saila (Norizan), Atilia (Junaidah),Emilda (Azizah). Happy sangat malam tu walaupun tiket yang dibeli mahal tapi aku puas hati..kebetulan pulak malam aku tengok tu sultan Perlis dan kerabat dia turun sekali menyaksikan teater tersebut.


ok laaa aku rasa cukup untuk masa sekarang...i need to continue my work....banyak gak kerja-kerja yang terbengkalai yang perlu disettlekan sebelum aku bertolak ke Kelantan selama 6 hari di Kem Tok Bali...nanti aku ceritakan pengalaman aku dekat sana ok.........kalau nak tgk gambar-gambar aktiviti yang aku buat leh pergi Fotopages aku.....on bebe caloooo naaaa
0 Responses

Post a Comment