SEMUA SUDAH BERLALU

Asslamualaikum.........

Sudah terlalu lama aku tinggalkan blog ini...rasa macam dah tak berblog lagi dah..yerla last posting pada bulan Jun 2007. ermm bukan tak der cerita nak dituliskan tetapi kekangan waktu yang tak dapat aku elakkan.............6 bulan adalah satu tempoh masa yang agak lama..banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku..suka duka semuanya ada...ada kisah sedih dan kisah gembira tapi banyak yang sedih....


Sebulan yang lalu aku terima sms jemputan kahwin yang aku sendiri tak menduga bahawa "dia" akan berkahwin juga..mungkin nokhtah perpisahan dengan aku membuatkan dia telah berubah hati..aku tak pernah salahkan dia...kesalahan adalah datang diri aku sendiri cuma doa aku agar dia sentiasa berbahagia selalu di samping yang tercinta. Terus terang aku katakan hati aku masih menyayangi dirinya sehingga kini walaupun dia telah bergelar isteri orang............dia lah satu-satunya wanita yang pernah aku cintai dengan setulus hati aku...kerana terlalu menyintainya lah aku mahu berpisah dengannya...dan aku redha dengan segalanya.........aku masih ingat kali terakhir sms yang aku terima daripadanya ketika aku mahu ruang dan waktu untuk kami berfikir..."dia" menyatakan yang aku adalah satu-satunya lelaki yang kan dikahwininya....namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.....mungkin inilah dikatakan lidah perempuan yang bercakap diluar akal fikiran......dan cukuplah aku rasa untuk mendengar hujah romantis wanita.....aku rasa kata-kata wanita bohong belaka.....hanya tahu untuk berkata tapi tak tahu nak membuktikannya............Namun semuanya telah berlalu..dan aku belum terfikir untuk mencari penggantinya dalam hidup aku..aku lebih senang hidup begini..bukan tak terfikir untuk berkahwin tapi bukan dalam waktu terdekat ini kerana hati aku masih menyayanginya......aku harap "dia" akn terus melupakan diri aku dan aku juga akan melupakan dirinya untuk selamanya..biarlah dia dengan cara hidupnya dan aku dengan cara hidup aku.


Baru-baru ni dalam kesibukan kerja sempat juga aku bawa mak aku berjalan-jalan...kesian aku dekat mak aku..dah tua-tua macam ni barulah dapat merasa nak tengok tempat orang....aku sewa satu unit kondomonium di Port Dikson saje bawa dia makan angin....tengok dia happy aku pun tumpang seronok...aku tahu hidup dia dari kecil terlalu susah..banyak penderitaan hidup yang telah dia tempuhi..aku tak nak dia menderita lagi...banyak cerita yang diceritakan kepada aku dan setiap satunya memberi satu gambaran bahawa terlalu besar pengorbanan ibu aku dalam hidup ini...memang tak terbalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu....aku telah berjanji dalam hidup aku selagi aku masih ada tenaga dan kudarat selagi itu aku akan cuba membahagiakan ibu aku untuk selamanya..........


hari ni Jumaat..sehari selepas hari raya haji hehe..saje je aku tak amik cuti hari ni..maybe petang karang terus nak balik ke kg..sbb esok adik lelaki aku bertunang....ok laaa kalau rajin insyaallah aku akan sentiasa cuba update blog aku ni......
salam eidul adha..
0 Responses

Post a Comment