Trip To Pulau Besar








Assalamualaikum....

Bersua kembali ...ermm entahlah sejak dua tiga menjak ni rajin pulak aku nak mengupdate aku punya blog yang dah lama berhabuk...mungkin ni sahaj tempat yang aku boleh meluahkan segala hasrat dan apa yang terbuku dalam hati aku......dalam kesibukan aku di opis sempat juga aku pergi bercuti ke Pulau Besar.....memang aku dah lama mengidam nak pergi ke mana-mana pulau yang fresh macam tu.....Pulau Besar memang sebuah pulau yang masih dara.....pulau yang sunyi dari segalanya....ianya membuatkan hati aku tenang sekali.......


Sekurang-kurangnya aku dapat melepaskan tekanan emosi yang aku hadapai sejak dua tiga minggu ini....perasaan yang merungsingkan diri aku sendiri........bertolak dari jeti umbai dengan manggunakan bot laju memberikan satu pengalaman yang hebat pada diri aku...sebelum ni aku tak pernah naik bot selaju itu....pengalaman pertama naik mula takut juga tapi bila dapat sokongan dari kawan-kawan rasa takut tu hilang.......masing-masing ketawa tengok gelagat masing-masing.......ermmm sungguh istimewa dan seronok sekali...................ada jugak aku rakamkan aksi aku atas bot hehehehe mula-mula takut tapi setengah perjalanan siap aku berdiri lagi rakam dengan HP aku huhuhu...simpan buat kenangan........

happy memang happy sangat....sampai dekat Pulau tu aku tak turun guna tangga pun aku terjun terus dari bot......heehehe terror.ala anak muda...sebab terlampau excited sangat kan dah sampai pulau tu...tak sabar nak jelajah pulau tu...biarlaa kulit aku ni rentung sikit aku tak kisah yang penting aku puas huhuhu.........


Actually tak ramai yang tahu tentang pulau besar ni kan????? so biar aku cerita sikit tentang pulau ni.....Pulau Besar ni terletak di dalam negeri Melaka.....perjalanan dengan menggunakan bot laju hanya mengambil masa 15 minit dari jeti umbai....tapi perkhidmatan feri turut disediakan dengan bayaran RM12.00...........aku prefer naik bot laju satu bot kitaorang sewa RM100.. tapi kitaorang minta kurang dapat laa dengan harga RM90 pergi dan balik ..berbaloi gak laaa untuk kami 5 orang sebab kalau naik feri nak kena tunggu penuh pastu ada time-time dia baru jalan heheeh............Pulau Besar ni memang pula yang terpencil sikit dan tak ramai yang tahu......dekat pulau ni pun cuma ada dua resort jerk....satu Hotel dan satu lagi Chalet....sewa chalet satu malam RM110...murahkan???? heehhe ala bleh masuk 4 orang satu chalet so kongsi-kongsi laaaa sorang baru kena bayar dalam Rm20 hinggit lebih jerk.......selain tu terdapat banyak makam dekat pulau ni....orang tua-tua melaka cakap kalau nak pergi pulau ni ada pantang larangnya so kitaorang yang tak tau ni nasib diberitahu terlebih dahulu.......kebanyakan penduduk asal dekat pulau ni majoritinya India muslim......antara makam yang sempat aku lawati ialah Makam Sultan Ariffin dimana orang yang jaga makam tu cakap dia adalah wali Allah dan dia juga adalah waris keturunan Nabi Muhammad yang ke 17...kesahihan cerita aku tak berapa pasti sebab tak ada bukti-bukti yang cuma dengar dari mulut penjaga makam tu jer.......tapi kalau korang tengok memang menakjubkan jugak laaa sebab makam tu panjang....panjang sangat...rasa ada dalam 10 meter............aku terfikir jugak sejenak orang dulu-dulu memang tingi-tingi ker????


selain itu kalau pelancong tak nak tido dekat chalet dia boleh camping jerk dekat kawasan pantai....memang best..masa aku pergi memang banyak khemah dipasang ditepi pantai....semuanya percuma cuma makan laa kena masak sendiri....kalau nak sewa khemah pun boleh RM 40 satu khemah......masa aku sampai dekat pulau ada sebuah keluarga yang siap berkhemah...dia cakap nak berkhemah seminggu dekat situ.....dari pemerhatian aku memang berbaloi laaa berkhemah...dah laa free tapak cuma nak kena pikir makan jerk....surau pun dekat kalau nak solat n then kalau nak mandi bersepah telaga dekat kawasan pantai tu....kalau nak selesa lagi bleh mandi dekat toilet dia bayar RM1.00..........................tapi bagi aku prefer mandai telaga...elok untuk bada sebab air telaga tu dah terendam macam-macam herba tau huhuhuhu........


Balik dari Pulau Besar sempat jugak laaa aku singgah dekat bandar Melaka...sempat jejalan dekat Jonker Walk n then pergi ke kota A'farmosa........ermmm rupa-rupanya dataran pahlawan pun dah siap...sempat gak aku masuk usya kedai kraftangan dekat dataran pahlawan tu..aku beli beberapa souvinier yang aku minat jerk...salah satunya rantai muahahahhaha....minat gak aku pakai rantai..nampak machoo sikit.........


pendek kata aku sungguh puas....soronok and happy............dan yang paling penting aku dapat tenang dan redakan perasaan dan fikiran aku......opsss lupa lak aku nak cerita pasal pantang larang masa dekat Pulau Besar tu....pantangnya jgn bercakap takbur dan besar tunjuk hebat, tak boleh pakai baju warna kuning diraja dan warna merah ..aku sendiri pun tak tahu..nasib aku tak bawa t-shit merah hehehe.....lepas tu dulu kes dimana ada cina nak bawa masuk daging babi dekat pulau tu..bot dia karam sebelum sampai dekat pulau tu.....ermmm entah laaa....tapi yang aku tahu dekat mana pun kita berada jangan terlalu gembira sampai lupa pada Allah......insyaallah kita pasti selamat......

wow panjang juga aku bercerita..anywhere sekurang-kurangnya andadapat jugak info tentang pulau yang aku pernah pergi ni....ok ciowww
0 Responses

Post a Comment