My Day 1.03.2007




My Latest Pic During Office Hour


Hii Assalamualaikum...

bertemu lagi...ni baru jer balik dari gym..sekarang dah memang jadi rutin seminggu at least sekali atau dua kali aku akan pergi gym....mula pergi tu nampak kekok juga sebab tak pernah guna barang-barang dalam tu tapi setelah dapat tunjuk ajar dari orang lain dekat gym tu aku belajar sedikit demi sedikit peralatan-peralatan yang ada dalam gym tu......nasib ler masuk percuma jer...aku nyerrr organisasi tempat aku kerja sediakan gym khas untuk staf dia sahaja so memang tak campur dengan orang luar.......


hari ni sibuk juga dalam hidup aku tapi lepas pegi gym ada mood plak nak tulis dekat blog walaupun sekarang ni aku dalam keadaan yang tak stabil huhuhu........pagi tadi ada discussion dengan semua akauntan...ni semua pasal nak implement EFT...korang tau tak apa tu EFT????? hehhe EFT tu singkatan kepada Electronic Fund Transfer....ni semua gara-gara kontraktor nak cepat dapat payment....yer laaa korang pun tahu lately ni banyak berita tersebar government sector bayar kontraktor lambat....so aku nyer department dah buat analisis dan kajian dekat organisasi kenapa perkara ni berlaku....so salah satu solution yang dicadangkan ialah agar payment dibuat melalui EFT.....setakat ni dah 3 bank yang buat demo dan interested untuk jadi bank pembayar......tapi aku tak leh nak disclose sebab PNC heeheh tau apa itu PNC????? RAHSIA laaaa kalau orang luar tahu sebelum kelulusan DB mati akuuuuu..........tu laa pagi tadi ada meeting untuk select bank mana yang sesuai so decision dah buat bank mana yang dapat....nanti laa kalau dah ada approve secara bertulis aku akan beritahu dekat sini....so mana-mana kontraktor yang ada deal kontrak dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) nanti akan datang duit bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank kontraktor...so mudah dan cepat ehheheh.......



selain buat decision tu kitaorang juga ada buat perbincangan untuk proses kerja yang baru...banyak part teknikal yang kena bincang especially apabila ianya melibatkan kepada data di dalam sistem kewangan kitaorang....so banyak perkara dan isu yang dibangkitkan..pecah kepala gak nak selesaikan isu-isu tu........maybe lepas ada discussion susulan sebab tadi just peringkat draft untuk tindakan bahagian masing...macam part aku n departmenty aku aku akan lihat dari segi data n interrity serta in future audit dan keperluan dia lah.......dulu mungkin audit boleh cek keratan cek.....tapi bila dah ada EFT susah laaa sikit sbb tu kena fikir cara yang sesuai....so discussion tadi dah dapat secara rambang proses kerja yang sesuai cuma nak detailkan lagi proses kerja tersebut sebelum di hantar untuk kelulusan Bendahari Bandaraya.................ermmmmmm


Lepas discussion sampai waktu lunch...waktu lunch aku g shopping hhahahaha seronok nak habiskan duit...Sogo plak ada sale...dapat laaa aku beli tali leher dengan kemeja dengan harga diskaun.......biasa laa warna favourite.....BIRU......petang plak aku ada discusss pasal ISO...ermm nanti nak kena pergi ke genting highland minggu depan kena jadi fasilitator bengkel ISO....sebenarnya aku bosan buat ISO ni..remeh dan banyak kerja....semua keperluan standard dia kita kena ikut....cuma satu jer bagus ..kalau jabatan tu dapat ISO memang aku sokong sebab dia menghindar dari perlakuan rasuah dan penyelewengan....at least dapat prevent laaa sikit huhuhu.....



petang tadi juga aku dapat call invitation untuk hadir kursus fraud investigation.....tapi fraud kali ni dia bincang pasal untuk kenalpasti fraud dari Financial Statement......aku rasa macam nak pegi tapi aku suruh dia email pamplet dulu nak tengok camner sbb bayaran dia pun mahal gak RM3 ribu lebih satu kepala.....nanti aku rasa decide kemudian nak pegi ke tidak...........


esok ada program best hehehee........jalan-jalan cari makan..nanti aku cerita kalau aku sempat masuk blog aku...tapi yang penting aku nak happy dan gembira dan semua sahabat-sahabat aku gembira itu sahaja yang aku perlukan.......tiada yang penting melainkan kegembiraan hati semua orang....bagi aku biar aku sedih dan korban apa yang mampu aku korban demi kebahagian orang lain.........................

ok jumpa lagi.....gambar aku tangkap masa nak pi shopping heheheh...
0 Responses

Post a Comment