HARI SEMALAM (LONELY PART II)

Assalamualaikum....

heheh sejak dua tiga menjak ni aku rajin sangat nak menulis dan mengarang dalam blog....maybe aku rasa keseorangan sebab tu blog laa sebagai peneman aku untuk melakar setiap detik dan waktu yang aku lalui semalam, hari ini dan hari kemudian. Kadang-kadang aku fikir menarik juga kalau aku mengarang dalam blog ni sebab sometime bila aku baca balik blog aku sendiri aku sendiri tersenyum dan happy....terfikir jugak betul ker perkara macam ni berlaku dalam hidup aku hehehe......redhaaaaa...


semalam mungkin satu hari yang agak penat dalam hidup aku...banyak kerja yang perlu aku settlekan dan termasuk meeting yang membosankan jiwa dan raga aku kerana chairman dia macam hampes..........pagi-pagi lagi aku dah dipanggil bos aku untuk settlekan beberapa perkara dan bila dah start discuss dengan dia memang lama sampai aku sendiri tak sempat nak lunch waktu tu....penat tapi berbaloi....habis discuss aku terus jumpa member aku...nak tolong dia buat surat sumpah....aku tolong preparekan surat sumpah untuk dia sbb cek payment dia company tu taruk nama syarikat dia sedangkan syarikat dia mana ada akaun dekat bank.....so kena buat surat sumpah.....sebagai kawan apa yang terdaya aku tolong aku akan tolong....lepas aku temankan dia pergi pesuruhjaya sumpah aku terus jumpa member yang satu opis dengan aku...kebtulan lap top dia aku tak bawa turun yer laa aku pun tak expect dia nak balik terus...terpaksa laa aku naik semula ke opis aku amik lap top dia dan turun balik....penat memang penat......dah laaa otak aku penat dan belum lunch lagi dah tu kena buat dua tiga kali keje.....tapi aku tetap sabar..........habis jumpa dan kasi lap top dekat dia aku terus masuk opis nak siapkan laporan untuk diberi kepada bos aku pagi-pagi esok......................perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


sambil nak buat report tetiba plak teringat yang aku belum lagi study dokumen pembetulan ISO Jabatan Penjaja sedangkan esok nak kena buat audit susulan (hari ini laa tu) heheeh so aku study laaa dulu the whole document..memang penat perah otak baca dan study....dokumen dia bukannya nipis ....banyak perkara yang aku sendiri tak puas cara diaorang jawab...so hari ni aku selaku Lead Auditor terus cancel audit susulan dan aku more tu berbincang dengan Jabatan tu yang para auditor tak puas hati dengan cara jawapan dan tindakan pembetulan tu.........bertekak bagai nak mampus..muka aku dah merah padam bertengkar dengan Timbalan Pengarah dia..selamba aku sound "Nonsene" aku lepas cakap je terus memang aku marah gila masa tu ermmmmmmmm tapi aku ni baik hati lagi......aku dan sorang lagi auditor dengan rela hati bantu plak jabatan tolong diaorang cara camner nak jawab teguran audit tu supaya nanti bila SIRIM datang tak banyak problem yang dia boleh raise up...............


lepas study dokumen tu aku terus prepare report yang bos aku nak bawa masuk dalam meeting tu.....tapi tak sempat gak siap sebab dalam pukul 5 lebih aku terus pergi gym sebab memang rutin aku sekarang seminggu at least dua kali mesti pergi gym aku balik dari gym dah dekat nak maghrib..so balik gym aku masuk opis balik..rehat kejap sebab berpeluh lepas tu terus solat lepas solat terus sambung balik kerja aku...aku mesti siapkan report malam tu jugak....dan akhirnya aku berjaya gak siapkan report dan aku balik dari dekat pukul 9 malam gak laa masa tu......

on the way nak balik tetiba jer fikiran aku serabut...aku sendiri tak tahu kenapa...memang aku rasa keseorangan dan aku akan biasa dengan diri aku yang keseorangan...........aku rasa lebih baik berseorangan daripada ada kawan yang menyebabkan kita sakit bila kita kehilangan dia ermmmm......untuk santai kejap aku terus drive pegi tasik titiwangsa........ramai orang gak dekat tasik tu...macam ragam aku boleh tgk....kebanyakannya nak naik roda farris tu.....aku terus lepak tepi tasik...dekat tempat yg samar dan tenang....ermmmm memang tenang gak fikiran aku bila tengok air tasik dekat situ...aku lepak sampai pukul 10 lebih dekat tasik tu pastu aku terus balik.....untuk pengetahuan korang memang pecah rekod..pagi aku makan kuih jerk pastu tak lunch balik umah memang tak dinner terus aku tido......sekarang berat aku dah 69kg daripada 78kg....satu penurunan yang agak mendadak sbb aku tak lalu nak makan...byk benda yang aku fikir dalam hidup ini entahlah.......seluar aku sekarang banyak yang dah longgar hehehehe............


ok laaa dah lewat lak aku rasa..aku nak balik berehat dan nak basuh baju yang banyak menimbun dalam bakul aku huhuhu

ok gud nite..
0 Responses

Post a Comment