Yg Kurik Itu Kundi

::YANG BAIK ITU BUDI YG INDAH ITU BAHASA::
[21 FEBRUARI 2006]

Assalamualaikum........

Kata orang-orang tua perilaku anak-anak mencerminkan didikan kedua ibu bapanya. Namun adakah ianya benar dan sejauhmanakah kebenaran kata-kata tersebut??.Dalam hidup ni biar kita miskin dengan harta tapi kaya dengan budi bahasa. Kalau kita tersalah kata atau terkasar bahasa dengan orang cepatlah kita mohon maaf lebih-lebih lagi orang yang kita sayang, orang yang rapat dengan kita, sahabat yang kita sayang.Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat yg boleh mengguris hati dan perasaan saudara sendiri. Jangan jadi org yang pentingkan diri sendiri dan yang paling penting jgn la jadi org yg berpura-pura seperti "menanam tebu dipinggir bibir" di depan kita lembut dan manis tapi dibelakang kita menjaja segala cerita dan rahsia maruah sahabat kita.

Fahamkah kita erti makna persahabatan yang sebenarnya??.....Memang setiap manusia tidak lari dr melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi kesilapan dan kesalahan yang sengaja dilakukan dengan akal yang waras bukan kesilapan namanya tetapi sikap yang suka berdengki, iri hati,bongkak,sombong dan EGO menjadi seseorang itu BODOH. Tidak nampak bahawa Kaca yang berada di depannya adalah Permata yg menyinari hidupnya di kala dia memerlukan.Setiap manusia hanya akan menyedarinya apabila dia telah kehilangan kaca tersebut.

Semua yang aku coretkan ada kena mengena dengan diri ku.Jadi wahai sahabat sentiasalah berjaga-jaga.Tapi bagi aku segalanya telah berlalu. Bagi diriku biar aku susah dan derita tetapi sahabat-sahabat ku bahagia selalu. Itulah pengorbanan seorang sahabat.

Hari ni masuk ofis terus berlambak surat yang kena tengok padahal semalam rasa semua dah settle. Nasib bos datang opis hari ni sebab byk benda nak bincang dengan dia. Errmmm pasal opis lerr apa lagi hehe.Even hari ni tak seindah biasa tapi hari ni ada gak pengajaran yang aku dapat. "Diam bila dimarah", "tak perlu balas kalau tak perlu". Bak kata org kan "diam tak semestinya membenarkan sesuatu".

Kadangkala aku berfikir juga dengan berdiam byk perkara bleh selesai alah satunya org yg tengah bengang ngan kita akan sedar kenapa dia marah dan mengapa aku di marahnya.
hahahahha Whatever lah!!!!!!!

adios geng
Rhuddy
0 Responses

Post a Comment