.::Sedangkan Lidah Lagi Tergigit::.

[at] the moment I think for myself

Hari ini pagi aku terus kelam kabut lagi bila masuk ofis yer laa mana tidaknya kontrak perjanjian perbekalan belum siap lagi. Nak kena baca the whole contoh kontrak dulu baru bleh nak prepare dia punya perjanjian. Pastu plak teringat yang minggu depan ada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan ....alamak matilah aku laporan untuk pembentangan dalam mesyuarat tu pun belum siap gak..apa pun kena buat meeting dulu sebab report tu apa apa hal kena jugak discuss ngan semua penolong aku. Ermm sometime macam ni laa kadang-kadang kalau keje datang sekali serentak sebagai manusia kita akan terlupa.

Sebelah petang [2.30 - 5.00 ptg] ada training koir pulak.Ada dua show sekali.Esok ada show untuk nyanyian nasyid sempena sambutan maal hijrah dan Jumaat pulak ada show sempena Pentauliahan Pembimbing Rakan Sekerja .Kadangkala terasa diri ini macam artis plak huhuhu.....padahal nyanyi tak la sedap mana pun.Apa pun aku happy dengan apa yang aku buat. Sometime walaupun kadangkala tetiba jer persekitaran kawan mmebuat diri aku bengang tapi aku malas nak ambil serius sangat walaupun hati ni terluka. Bagi aku persahabatan itu sebuah talian yg takkan putus sejauh mana marah aku atau marahnya kawan-kawan aku ..aku tetap akan buat macam biasa. Bagi aku sukar untuk orang memahami aku sebab mungkin aku ni jenis yg sensitif dengan keadaan sekitar. Namun apa pun aku tetap akan ingat bahawa aku hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan meminta maaf dan memaafkan itu adalah perkara yang terbaik yang patut kita lakukan.

"Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh....."

[ adios ]
0 Responses

Post a Comment