Kisah Permulaan Tahun 1980

::17 Mac 1980 [1.45 pagi]::

Suara tangisan kanak-kanak kecil yang memecah halwa sunyi pagi memekik kepada dunia akan kelahirannya yang ditunggu. Sebuah senyuman terukir di bibir ibu yang melahirkannya. Perasaan puas mengandungkannya 9 bulan dan 10 hari akhirnya berbaloi.Jerih payah dirinya membela kandungan dengan penuh rasa kasih dan sayang membuatkan diri berasa lega dan bersyukur.Inilah rezeki yang paling berharga buat dirinya. Buat si ayah kelahiran anak lelaki pertama dalam perkahwinannya membuatkan dirinya rasa begitui gembira.Di azankan bayi itu sebelah telinga kanan dan kemudiannya di iqamahkannya di sebelah telinga kirinya pula. Tangisan bayi itu memberi sebuah nada kegembiraan yang tidak terkira di dalam keluarga tersebut.

Namun kelahiran bayi tersebut yang mulanya menggembirakan bertukar kepada kegusaran hati si ibu. Betapa ibu menyayangi anaknya.Berat betul dugaan Tuhan kepada si Ibu. Kehidupan yang susah membuatkan si Ibu gusar dan sedih.Selepas melahir bayi itu si Ibu sakit terlantar di hospital selama dua minggu dan dalam tempoh dua minggu itu jugalah bayi tadi tidak menyusu.Badan si ibu semakin susut dan ketiadaan air susu untuk diberikan kepada si anak. Mujurlah kesihatan ibu semakin pulih dan selepas dua minggu anak tadi dapat di susukan. Tidak cukup dengan dugaan itu seusia anak itu sebulan dah selepas ibu pulih dari sakit si anak pula mendapat sakit. Sehingga tidak menyusu menyebabkan badan si anak yang sememangnya kurus semakin kurus. Benjolan yang tidak ketahui puncanya timbu di tengah kepala anak berkenaan tambah pula dengan demam kuning amat berbahaya. Hati ibu amat bimbang dan gusar, melihat si anak air mata ibu akan mengalir. Walaupun kehidupan ketika amat susah dan perit ibu tetap mecari ikhtiar untuk mencari punca penyakit anak nya. Si Ibu amat bimbang anaknya mendapat "Tumor Otak". Si Ibu memanbawa anaknya ke klinik kerajaan yang terletak kira-kira 5 km dr kampungnya.Keadaan kampung yang jauh nun di pendalaman Hulu Perak dengan kemudahan awam,air dan elektrik yang teruk pada sekitar 80'an namun kegagahan hati ibu untuk melihat anaknya sembuh amat besar.

Ketika tiba di klinik dia kawasan pekan kecil yang bernama Lenggong hati ibu hampa apabila di beritahu tiada Doktor yang boleh merawat anak kecil tersebut. Ibu pulang kerumah dengan hati yang hampa begitu juga dengan ayah. Wajah ayah dan Ibu menunjukkan riak bimbang kerana benjolan yg besar tersebut masih belum susut. Namun ikhtiar harus dilakukan. Ibu dan ayah akhirnya membawa bayi itu berjumpa bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Alhamdulillah hasil rawatan yang diberi bidan itu benjolan itu susut. Namun hati ibu amat gusar kerana tidak tahu apakah punca penyakit anaknya itu.

Anak itu terus membersar dan membesar dalam sebuah keluarga yang dia kenal akan erti kesusahan dan keperitan hidup. Anak itu kenal erti berdikari. kenal erti tidak cukup duit. kenal erti tidak cukup makan dan kenal erti pengorbanan.Keadaan yang serba kekurangan itulah yang membesarkan anak itu menjadi seseorang. Setiap perkara yang diingini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sendiri. Anak itu terpaksa bekerja mengambil upah menanam tembakau untuk membeli buku rujukan tambahan yang dia sendiri tahu ibu dan ayahnya tidak mampu untuk meberikannya wang membeli buku tersebut. Kadangkala dia terpaksa berputih mata melihat kawan-kawannya membeli buku dan barang keperluan sekolah dengan mudah. Sedangkan baginya untuk membeli semua itu memakan masa yang lama.

Anak itu tetap sabar mengharungi hidupnya. Nasihat Ibu yang selalu menjadi panduan dan pedoman hidupnya. Dorongan ibu yang membelainya dengan penuh kasih sayang. Ucapan mutiara ibu yang membuatkan dirinya ingin terus berjuang membela nasib keluarganya dan anak itu adalah diriku.Diri aku yang di besarkan dalam serba kekurangan. Makan nasi berkuahkan minyak dan berlaukkan garam. Tido berlantaikan tikar mengkuang dan beralaskan bantal kekabu yg dibuat sendiri oleh ibu.Tiada kipas,tiada lampu,tiada air paip, hanya bercahayakan pelita ayan dan berangin kan angin luar yang menghembus di celah-celah dinding rumah yang berlubang. Aku masih ingat lagi waktu aku di alam kanak-kanak (5-12 tahun) tugas rutin aku pada waktu cuti hanyalah mencari kayu api dan menemani ibu menoreh getah. Waktu itulah kadangkala aku mengambil kesempatan untuk mencari buah rotan dan buah lumba-lumba (orang kg aku panggil) buah tu memang sedap. Buah rotan akan aku kumpul dan bawa pulang. Pada waktu itulah aku akan menyuruh ibu membuat pelicup hehehe sedap oooooo. kayu api yang aku cari kadangkala hanya bertahan beberapa hari sahaja jadi waktu pulang dari sekolah kadangkala ibu akan mengajak aku mencari kayu api.Kayu api itu gunanya untuk dapur kayu. Pada waktu itu hanya dapur kayu yang digunakan oleh org kg. Kalau org tu kaya sikit dia akan pakai dapur minyak tanah. Tapi aku org susah jadi pakai dapur kayu jer laaa...........Peredaran masa itu cepat berlalu. Aku mencipta blog ini hanya untuk berkongsi suka duka hidup aku selama 26 tahun aku hidup di bumi ni. dan sekarang mungkin ibu boleh berbangga dengan diri aku sekarang yang menjawat jawatan sebagai seorang Akauntan di salah sebuah jabatan kerajaan. Mungkin doa ibu itu mustajab. Akan aku balas jasa mu ibu. Akan ku ingat segala susah dan payah dirimu membesarkan diriku.

inilah ceritera diriku buat permulaannya. dan blog ini akan menjadi diari hidup aku.

sekian
[Rhuddy]
0 Responses

Post a Comment