SENYUM BELUM TENTU GEMBIRA

Salam,
Kebiasaannya aku jarang nak menulis di blog ini, kadang-kadang ambil masa berbulan baru nak update. Namun bila hati aku ingin meluahkan sesuatu, ingin berbicara sesuatu atau ingin menghamburkan sesuatu makan laman inilah menjadi tempat aku mencurahkan segalanya.

Sekarang jam 8.30 malam, aku masih lagi berada dipejabat kerana ada beberapa perkara yang perlu aku siapakn, macam biasalah kalau pagi dan petang mesyuarat maka lepas waktu pejabat baru aku siapakn semak bil-bil bayaran. Alhamdulillah selesai dan aku sudah buat pengesahan di dalam sistem bank. Sekarang cuma tinggal dua laporan "migration data" yang perlu aku semak dan perlu hantar pagi esok setelah ditandatangan. Sebenarnya dua laporan ini sebelum raya lagi telah aku terima tapi jiwa malas aku menyebabkan aku lambat nak semak. Bila dah mula masuk kerja Selasa hari tu baru aku sempat semak sedikit demi sedikit. Biasalah ada dua laporan dan dua-dua kena semak dan komen dari muka surat depan sampailah muka surat belakang. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Perkara ini penting juga sebab Sistem ePBT baru ini akan "live" pada Januari 2011 dan sekarang modul dibawah seliaan aku dalam peringkat "simulation run" so sebelum hujung tahun selepas tutup akaun semua data-data dari sistem lama akan di "migrate" ke sistem baru. Kalau ada yang kurang dengan laporan aku semaknya ni jawabnya data-data yang dipindahkan ke sistem baru mesti salah.

Kadang-kadang tertekan juga sebab untuk menjayakan sistem baru ini bukan mudah, tambahan aku ambil alih separuh jalan setelah sistem siap dibangunkan sebelum ini seperti yang aku ceritakan di dalam blog ini, aku langsung tidak "invovled" URS dan juga langsung tidak pernah didedahkan dengan penggunaan sistem dan tiba-tiba sahaja kena ambil alih. Semangat dan jiwa yang kental sahaja yang menjadi iringan aku serta kata-kata semangat dan ucapan dari Kak Lin banyak membuat diri aku kadang-kadang tersedar jika semangat aku semakin luntur. Sebenarnya aku agak rapat juga dengan seorang yang boleh aku gelar KAKAK. Beliau memang seorang akauntan yang berjiwa kental, banyak perkara yang aku belajar dari dia begitu banyak. Banyak nasihat yang dilontarkan kepada aku yang membuatkan diri aku bersemangat bangun untuk teruskan perjuangan bersama dia untuk menjayakan projek sistem baru ni. Kadangkala kalau aku ada masalah dalam kerja dialah tempat aku mengadu kerana dalam ramai Akauntan senior di DBKL ni hanya dia yang paling aku percaya. Alhamdulillah dia sekarang telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Pengarah, dan sememangnya dia layak dengan jawatan di terimanya sekarang. Tidak ada keraguan dan tidak boleh dipertikaikan kerana beliau memang seorang yang kuat bekerja. Kadang-kadang aku ambil dia sebagai model untuk aku terus bekerja kuat di DBKL. Aku berharap hubungan adik dan kakak akan berkekalan, insyaallah dan aku akan menyokong dia untuk pastikan sistem sekarang yang dibangunkan berjaya.

Ok lah rasa macam dah lewat, nak balik dulu. Kemungkinan malam ini tido lewat sikit sebab Kak Lin nak laporan ini pagi esok, jadi aku kena siapkan malam ni juga huk huk huk padan muka aku sapa suruh beraya sampai lupa kerja waaaaaaaaaa.

P/S : rasa macam nak menulis sajak pulak. Tunggu entry depan heheheh...kalau korang perasan ada jer sajak nukilan aku yang aku post dalam blog ni. tapi sekadar untuk baca jer yerr jangan ciplak lak heheheh. ciowww
0 Responses

Post a Comment