INDAHNYA DUNIA AKU SEKARANG

Salam...

Urmm sudah terlalu lama tidak menyentuh blog ni almaklumlah kesibukan dengan kerja dan urusan harian menyebabkan tangan aku terhenti untuk menulis, tapi kalau ada masa dan kesempatan aku wajib update blog aku walaupun 3 atau 4 bulan sekali hehehe.


Sekarang hidup aku lebih indah dan aman dari dulu, tiada lagi pening kepada dan sakit hati dengan persekitaran ofis. Aku telah bertukar jabatan dan itulah impian aku setelah hampir 7 tahun berkhidmat sebagai auditor di tempat lama. Perghhhhhh memang hati aku melonjak gembira bila aku terima surat pertukaran tu hahahahahahah rasa macam nak melompat lebih tinggi tapi cover takut semua nampak yang aku beriya sangat laaa nak tukar padahal memang yer pun ekekkekekekek.


Hari ni dah sebulan lebih aku ditempat baru dan selama tu juga aku rasa lapang sangat, bukan sebab tempat baru tak der keje dan aku rasa sama je sibuk nyer dengan tempat lama cuma tempat baru aku hanya perlu fikir kerja aku dan staff dekat bahagian aku tak perlu lagi nak fikir buat keputusan besar-besar pastu nak attend function dan mesyuarat yang sepatutnya bos-bos yang pergi. Tapi tu la kesian dekat member aku sorang dekat atas tu...lepas aku tukar semua dulu yang aku buat dia dah take over coz dia yang paling senior dkat situ. Sabar la anip yer...kalau dah tak tahan minta je tukar macam aku hehe.


Tempat baru ni banyak benda yang aku belajar sebenarnya dan aku rasa menyesal pulak nape la daru dulu aku tak pindah...tempat baru ni baru la aku implement ilmu accounting aku....terpaksa belajar sistem balik dan struggle gak nak buat pelarasan akaun dan sebagainya, tapi itu semua la yang aku suka nak buat. Memang aku minat dengan akaun walaupun kepala otak kita sakit dan pening pasal akaun tapi pening tu tak menyebabkan kita sakit hati , itu yang buat aku happy kerja.


Sekarang ni aku nyer jabatan tengah sibuk nak siapkan final akaun, aku pun terlibat gak pasal aku nyer bahagian terlibat dengan pelarasan akaun payble. Tapi alhamdulillah semuanya dah settle, walaupun gaduh2 dengan orang akaun hahahaha tapi gaduh-gaduh pun kita orang bekerja dalam keadaan happy. Korang mesti nak tau kan aku sekarang kat bahagian mana hehehe....sekarang aku jaga payment so semua perkara yang melibatkan bayaran semuanya mesti melalui aku dulu baru la lepas keluar huhuhuh. Banyak benda nak kena tahu especially Arahan Perbendaharaan...tu la kitab aku nak buat keje...kena baca dan hafal semua pasal bayaran.


Selain tu sekarang ni pulak aku sibuk jugak dengan Sistem baru yang akan digunakan.....banyak perkara tak settle lagi especially data migration verification....x sempat nak tengok lagi...semua doakan aku berjaya dekat jabatan baru ok??...


Urmmm k la sampai sini dulu....apa pun hidup aku sekarang lebih aman dan gembira huhuhuh tapi tetap single hahah hopefully hati aku akan terbuka untuk seseorang satu hari nanti.......insyaalllah...doakan aku ok.

orait salam mesra .......
1 Response
  1. Mr.Lonely... Says:

    Terima kasih Abg Rhuddy atas ilmu yg dicurahkan sepanjang 4 tahun kita bekerjasama...insya'allah,ada rezeki,kita akan bekerjasama lagi


Post a Comment