BUAT YG MASIH DIINGATAN


Hari ini aku masih bercuti..aku amik EL hari ni sebab badan tak berapa sihat..sambil-sambil lepak dekat umah aku usya beberapa blog hari ini...dan aku terbaca blog Bro Corey...entry trauma cinta pertama...bila baca entry tu tetiba jer fikiran aku terbang kepada seseorang yang dulu pernah aku cintai, yang pernah aku sayangi dan amat kagumi. Insan yang pernah hadir dalam hati aku dan untuk kesekian kalinya jujur aku perkatakan dia masih di hati aku walaupun dia sudah ada yang punya dan juga sudah mempunyai seorang puteri penyeri hidup mereka berdua.

Ikhlas aku katakan hatiku masih menyayangi dirinya tetapi jodoh antara kami tiada..namun aku sentiasa berharap dirinya bahagia dan juga gembira itulah yang aku inginkan semasa kami putuskan hubungan.Aku sendiri sehingga kini rasa bersalah kerana aku tahu perpisahan antara kami adalah berpunca dr diri aku...aku tahu aku yang bersalah dan kerana itu dia mencari org ketiga dlm hidup kami berdua dan org ketiga itulah yang menjadi suri hidupnya kini.

Aku tidak sempat untuk melamar dirinya menjadi suri hidup aku kerana kata-kata lamaran itu sudah terlalu lewat sedangkan dia menghitung hari untuk dikahwinkan....aku juga tidak mahu memujuk dirinya kerana aku tahu sekiranya aku memujuk dan memberi keyakinan kepadanya semula aku khuatir hari perkahwinannya akan porak peranda kerana aku...oleh kerana itu biarlah aku yang membawa diri aku dan cukup aku mendengar bahawa dia amat bahagia dengan lelaki yang lebih baik dr aku.

Dialah wanita terbaik pernah aku kenali, wanita solehah yang sentiasa melindungi dirinya dr mata-mata lelaki lain..sifat dan tutur kata yang lemah lembut itulah yang membuat aku menyayanginya....pasti korang tak percaya semua surat-surat cinta, kad-kad cinta dan gambar kami berdua masih aku simpan elok untuk dijadikan kenangan dalam hidup aku kerana bagi aku itulah cinta pertama aku....tapi cinta pertama yang bukannya trauma kepada aku cuma aku masih belum boleh menerima cinta untuk kali keduanya.

Setiap tahun aku akan sms wish happy besday untuk dia...dan itulah yang akan aku lakukan sehinggalah diri aku tidak bernyawa lagi.

Aku rasa cukup aku ceritakan sampai di sini...kerana ini hanya luahan hati aku yang dah lama aku pendam....terima kasih kepada gadis bernama A....A F...H kerana sudi hadir dalam hidup aku selama 5 tahun. TQ so much... u are lovely and nice women i ever know in my life.
3 Responses
  1. nizam_5282 Says:

    Aku pun ada cerita nak cerita kat blog aku, tapi penulisan aku terbatas pasal mende ni... Pasal nanti ada hati yang terluka...


  2. Hezesuze Says:

    ermmm ghupe2nye ada story gak sal cinta nie ek...ni sah2 ler da kene badi bro corey ni..

    xpe jdikan sbgai satu pglaman idop okey...doakan si dia bahagia brsama suami & anak2 dia..

    insyaallah...jodoh ang akan sampai..brdoa je ler...ke nak sis p carikan ...hehehe


  3. Anonymous Says:

    hellokitty know u better....

    iaitu seseorang yang sush nak ditafsirkan secara tersurat jika tidak mengenali dirimu yang tersirat lebih mendalam...

    walau apa pun yang berlalu anggaplah ia sebagai dugaan hidupmu kerana apa yang telah terttulis itu adalah yang baik diketika ini sehinggalah dirimu bertemu dengan suatu perjalanan kehidupan yang lebih baik dari itu....

    percayalah dengan "qada dan qadarNYA" KERANA kata2 itulah yang dirimu berikan kepada HELLOKITTY diketika dulu....

    GOOD LUCK


Post a Comment