LAWATAN KE TLDM LUMUT




PENGKALAN TENTERA LAUT DI RAJA MALAYSIA
Salam.....

Semalam sehari suntuk aku di Lumut Perak...Jabatan aku buat lawatan ke TLDM lumut.....kami semua bertolak jam 8 pagi dari Kuala Lumpur dan sampai di Jeti Pangkor lebih kurang jam 11.30 pagi. Jalan-jalan dan lepak kejap dekat jeti tu sementara tunggu waktu lawatan jam 2.00 petang. Shopping gak aaa aku heheh beli makanan laut jer..


Lepas jalan-jalan dekat Jeti Pangkor kami semua terus ke Pengkalan TLDM dalam jan 2.00 petang. Kami di sambut dengan dua orang pegawai TLDM yang akan membawa kami melawat kawasan di dalam Pengkalan tersebut.

Lokasi pertama yang di lawati adalah KD Rajawali yang mana di sini kami dapat melihat tiga buah helikopter yang dibeli dari Sweeden. Besar gila helikopter tu ..menurut pegawai yang membawa kami semua sebilah kipas pusing dia tu boleh dapat 6 biji Perdana V6......aduss mahal gila beb..terkezut aku dengar harga dia...tapi kalau ianya untuk kegunaan bagi kebaikan rakyat Malaysia apa laa ada pada harga demi kebaikan semua org kan?. Selain 3 buah helikopter yang besar terdapat juga helikopter ringan yang digunakan oleh bahagian ini. Kebanyakan yang sempat kami jumpa adalah krew-krew maintenance sahaja sbb pilot dia dok keje kot hari sabtu heheh

Habis melawat di KD Rajawali kami terus di bawa ke Pelabuhan laut dalam yang mana kami diberi peluang untuk naik atas kapal tu..perghh ni first time aku naik kapal tentera..siap ada meriam lagi..kami semua dibawa masuk melawat dalam perut kapal.......kapal yang kami naiki di namakan KD Lekir...sedap nama nyerr hehe..ditepi kapal tu ada lagi kapal-kapal lain yang diberi nama tradisional melayu seperti mutiara, dan sebagainya...Aku sempat beli sehelai baju t-shirt Navy..cantik gak..murah pun murah sebab siap ada sulam lagi..so untuk tanda kenangan baik aku beli kalau tak mesti menyesal (walaupun duit tak der heheh)....tadi aku pakai baju navy tu pastu g gunting rambut..abg yang gunting rambut aku tu cakap aku ni askar.....ermmm maybe sebab aku berambut pendek kot....ntah aaa ke muka aku ni nampak garang. Malas nak pikir sbb dah biasa sgt org fikir mcm tu dekat aku.

Habis melawat KD Lekir aku dan rombongan terus di bawa ke Galeri Tentera ....dalam tu banyak ceritakan tentang sejarah tentera dan banyak juga gambar-gambar lama..ada juga dijual cenderahati tapi aku x beli coz tak de yang menarik hati aku lagipun duit dah habis hahahaha..gaji bulan ni sesak sikit.....byk benda nak buat so kena jimat-jimat sikit...

Habis melawat galeri kami terus singgah di Masjid sembahyar asar jamak zohor ..selesai solat kami terus ke Teluk Batik lepak dekat situ mandi manda..tapi aku tak mandi pun malas .......anak-anak staff aku je yang mandi....habis relak lebih kurang jam 8 malam kami bertolak ke Kuala Lumpur....bateri hp aku plak kritikal adusssssss......tapi sempat aa mesej si dia beritahu bateri dah kong ..dan chager tak bawa.

Thanks to all my staff yang anjurkan program tu..kepada yang mengikuti rombongan kali ni aku mengucapkan jutaan terima kasih atas program yang dianjurkan oleh badan kebajikan jabatan. Semoga usaha sebegini boleh diteruskan untuk memberi pengalaman dan pendedahan kepada anak-anak dan kakitangan jabatan tentang info-info diluar bidang tugas kita.


" Big Mama heheh Big Mama......Jangan mare yerrrrrrrrrrrrrrr (Boleh jadi pelampung tak)"
3 Responses
  1. siput.pemalu Says:

    ewh2.. sesedap rase jer kutuk anak orang yer. dapat bini cam tu kang baru tau..


  2. Anonymous Says:

    Bro,

    cemana nak arrange lawatan ke pangkalan TLDM Lumut ni? Ada contact no?


  3. saudara, jika tak keberatan, boleh berikan no.telefon untuk dihubungi bagi tujuan lawatan.


Post a Comment