DULU DAN KINI

Masa aku update blog ni aku masih di ofis lagi..jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam..ermmm baru sahaja selesai print laporan yang diperlukan...aku kena settlekan semuanya sebelum aku ke PD esok. Aku terpaksa stay back kalau nak siapkan dalam waktu opis memang tak sempat...ada jer keje lain yang terpaksa di buat..mana nak kena pergi meeting lagi..nak jaga admin lagi..nak semak laporan lagi..jadi waktu luar pejabat kurang sikit gangguan so aku boleh concentrate lebih.

Dulu aku rasa aku juga mcm ni...dan kini aku juga macam ni.....mungkin kerana ini aku dikecewakan heheh siapa tahu..aku tak der masa untuk dia so dia cari laa orang lain yang boleh lebih bersosial dari aku..ntah aaaaa benda dah lepas malas nak dikenang. Bagi aku keje penting dan hubungan juga penting..jadi aku memerlukan orang yang benar-benar memahami kerja aku yang tak menentu.....amanah dan tanggungjawab yang diberikan harus dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab....aku di bayar gaji untuk bekerja jadi aku harus buat kerja kalau tidak apa jadi dengan rezeki yang aku dapat bulan-bulan. Dengan duit tu laa aku bagi adik-adik aku..dengan duit tu juga aku bagi mak aku dan dengan duit tu juga aku makan...ermmmmmm bila difikir balik aku sendiri masih ragu-ragu adakah aku dah buat yang terbaik dalam tugas aku? bila balik rumah sebelum tido aku selalu berfikir..apakah hari ni aku dah buat kerja sebaik mungkin? atau hari ni aku banyak membuang masa?.

Sekarang aku rasa fikiran aku tenang sangat.......aku dah kurangkan waktu sosial aku....kurangkan berjalan untuk jimatkan minyak, kurangkan menonton wayang untuk jimatkan duit, kurangkan makan agar boleh jimat sikit...heeh tapi duit tak cukup gak huhuhu......ntah laa labu....tapi berbaloi sebab fikiran aku tak serabut melihat kerenah manusia ni......aku rasakan satu kelainan yang amat sangat dalam diri aku......satu kelainan yang aku sendiri tak dapat nak jelaskan.

badan aku pun banyak orang ckp dah susut tapi bagi aku tak tahu dekat mana yang susut...mungkin badan kita..kita tak nampak tapi orang yang dah lama tak jumpa kita memang confirm akan nampak perbezaan....tak kisah laaa sebab yang penting aku sihat walafiat....dulu pun badan aku kering gak macam ni lepas tu badan naik mendadak sebab tak senaman tapi kini kembali ke bentuk asal laa kot hehhhe....bagus gak baju-baju lama aku semua dh boleh pakai balik.

Sometime aku terfikir kenapa manusia dalam dunia ni hanya pandai berkata-kata tapi tak pandai untuk buktikan? kenapa nak berpura-pura kalau diri sendiri tak pandai berpura? dan kenapa nak berbohong kalau diri sendiri tak pandai nak berbohong? inilah asam garam kehidupan....kadangkala persahabatan yang kita hulurkan disalah ertikan dan kadangkala keikhlasan yang kita hulurkan dalam persahabatan dikhianati dengan hanya satu perbuatan. Aku terfikir berbaloikah semua itu? Cuma bagi diriku tiada dendam dan tiada kebencian..cuma doa aku agar setiap insan yang pernah mengenali diri ini bahagia dengan kehidupan masing-masing.....bahagia dengan pilihan masing-masing dan bahagia dengan masa depan yang dirancang.........bagi diri aku semuanya adalah sahabat aku selamanya. Terimalah diri aku seadanya dan terimalah keputusan yang telah dibuat oleh aku seadanya........kerana setiap perpisahan yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.

Entah kenapa entry aku malam ni banyak menyingkap diri aku......tapi tempat ni sahaja boleh aku luahkan.......hanya dekat sini saja boleh aku semaikan segala perasaan hati aku. Kalau sesiapa yang membaca membencinya aku mohon maaf...tak der apa yang dapat aku katakan selain kemaafan dari aku.

Rasanya dah terlalu lewat aku di pejabat. Aku mohon diri dulu..salam semua....aku doakan tidur kalian di bwah redhaNya....aminnnnnnn.
5 Responses
  1. maybe sume ni ade hikmah dsbliknye..saba la ehh:)


  2. cL Says:

    lmbtnye balik.... huk2...luahan tuh kn adik mu neh memahami jek sket3..amponzz...ape3 pn tabah kn la yek....tul kata rizz tuh... stiap yg tjadi nk uji diri kt jd lebih tabah n kuat..


  3. Anonymous Says:

    DOA BUAT SAHABATKU YANG "TERSAYANG"

    ( DOA SEBAGAI SENJATA DAN TEMAN SETIA DI DUNIA )

    IMAM GHAZALI mengajarkan bahawa doa perlu dijadikan amalan seharian sebagaimana doa yang berikut :-

    "YA ALLAH " tetapkanlah kami dalam jalan istiqamah dan lindungi kami di dunia ini daripada perkara yang mengakibatkan penyesalan kami pada hari kiamat.
    "YA ALLAH " ringankanlah bebanan dosa kami di akhirat dan kurniakanlah kami kehidupan hambamu yang baik-baik.
    'YA ALLAH " jauhkanlah kami daripada segala kejahatan orang-orang yang jahat. YA ALLAH, lepaskanlah leher kami ini dan leher ibu bapa kami dan seluruh saudara kami yang lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka.
    "semuanya itu dengan berkat rahmat-MU yang MAHA MULIA, YANG MAHA MENGAMPUNGI, MAHA PEMURAH Keaiban orang lain dan TUHAN yang MAHA MENGETAHUI lagi MAHA PERKASA.
    " YA ALLAH " TUHAN yang MAHA PENGASIH DAN TUHAN yang merupakan segala permulaan daripada segala permulaan dan yang kemudian daripada segala yang kemudian.
    "wahai TUHAN yang mempunyai kekuatan yang sangat kukuh dan TUHAN yang TUHAN yang mengasihi orang-orang yang miskin dan TUHAN yang terlebih kasih sayang daripada orang yang berkasih sayang. TIADA TUHAN yang layak disembah melainkanMU.

    - Doa ini hendaklah dijadikan amalan pada setiap kehidupan agar ia menjadi dinding dan dapat mengetuk pintu rahmat ALLAH SWT -


  4. pikamerah Says:

    itu la gunanya seorang sahabat. sentiasa memantau perjalanan hidup kawannya.dan sering memberi nasihat dan galakan buat temannya.


  5. nizam_5282 Says:

    Bila nak Add YM aku (nizam_5282@yahoo.com)


Post a Comment