TETIBA RELEASE TENSION

Salam kembali...hari ini hari yang agak teruk bagi aku mungkin kerana kerja yang baru saje aku terima daripada bos. Target yang diberi cuma 9 bulan...maybe aku terpaksa korbankan banyak masa dan tenaga aku untuk ini.

Sory Cartaz maybe aku terkasar dengan ko hari ini, aku tak berniat langsung nak buat ko serba salah...aku faham situasi ko...kalau ko baca entry aku ni ko jangan laaa risau sebab maknanya aku ok dan terlebih ok heheheh

Habis keje for the first time aku join netball..dah lama sebenarnya aku minat nak main netball ni tapi oleh kerana ianya permainan perempuan aku batalkan niat aku sebab confirm kena kutuk. Tapi sekarang bila netball ni diperkenalkan kepada orang lelaki baru laa confident aku tu datang untuk bermain. Aku join main ngan team lagend.Maybe untuk pertama kali main aku rasa kekok sikit sbb bukan senang nak main netball sebenarnya, banyak betul pantang larangnya dan yang paling penting terpaksa tahan dengan mulut-mulut puaka yang lebih puaka dari puaka nayang rapik huhuhu. Thanks tu ADIK sebab sudi ajak abg join main. Memang releas gak tension abg ni hehehe. Insyaallah abg akan cuba turun training tapi masih belum ada keyakinan untuk join pertandingan. Mungkin untuk beberapa bulan biar berlatih jadi pandai dulu.Tak macam ADIK siap ada nama glamer DJ HOT FM lagi hehehe...(jgn mare yerr).

Waktu aku menulis ni dah jam 12 lebih dah tapi mata aku belum ngantuk walaupun badan penat lepas main netball. Selalunya kalau aku letih macam ni confirm terus tetidur. Ermm maybe aku teringat dkt anak angkat aku kot heheheh....shakira anak baru yang aku masih belum kenal dan bersua..insyaallah mungkin suatu hari nanti boleh jumpa uncle yerr.....belajar rajin2 tau jangan degil-degil sangat.

Habis netball tadi masa aku balik tetiba jerr aku dapat mesej. Aku sendiri tak kenal nombor ni tapi sejak dua tiga hari ini selalu gak dia kacau aku ngan miscall..bila aku call tak angkat. Bila aku tanya dia siapa tak nak jawab..geram juga aku dibuatnya.tadi last mesej dari aku dengan bahasa kasar.......sorryy laa kepada empunya diri..aku tak suka kalau orang yg tak jujur nak sembunyi. Kalau ko betul nak kenal biar berterus terang terutamanya mana ko dapat nombor aku..sebab aku ni susah sikit nak bagi nombor aku dekat org so kalau no yang aku tak kenal masuk HP aku confirm ko dapat nombor tu daripada somebody yang kenal aku.

ok laa rasa cukup sampai di sini untuk hari ni. Sebenarnya sedih ni tapi tetap nak ceriakan diri supaya aku tak terbawa-bawa perasaan sedih tu huhuhu.
1 Response
  1. Ujang_MD Says:

    im so tired rhuddy.. nothing to talk.. nothing to do.. so the best thing i can do.. just ignore.. sorry!!


Post a Comment