Luahan Hati "AKU"

Assalamualaikum.............

Mungkin sudah terlalu lama aku tidak sempat untuk memberi ruang menulis dan berkarang diruang blog yang aku cipta khas untuk diri aku meluahkan segalanya yang terbuku di dalam hati aku. Hari ini aku berpeluang.....berpeluang untuk mencoretkan sesuatu setelah sekian lama aku menyepikan diri. Aku ingin memohon maaf kepada sahabat-sahanat aku yang melayari blog aku dengan keadaan hampa tanpa khabar berita dari aku.


Kalau aku katakan aku terlalu sibuk dengan rutin hidup mungkin kamu semua anggap aku penipu kerana semua orang diberi masa 24 jam sehari...terpulang pada individu itu sendiri melaraskan masa tersebut............tapi inilah hakikatnya....hakikat hidup yang terpaksa aku tempuh.....hari bekerja aku penuh dengan kesibukan urusan kerja yang sentiasa dan tak pernah habis....keletihan bekerja menyebabkan waktu malam aku terlantar kenyenyakan dan dibuai igauan dan mimpi tekanan kerja yang belum lagi selesai....hari cuti pula aku habiskan mengemas rumah dan membasuh pakaian yang seminggu tidak dibasuh tambah pula dengan aktiviti sosial yang aku sendiri sukarela menyertainya..........baru-baru ini aku baru sahaja pulang dari Ipoh Perak menyetai program amal bersama anak-anak yatim Nurul Iman...........seronok juga beramah mesra dan melihat kegembiraan diwajah anak-anak yatim tersebut.....terasa puas juga dan terasa hati ni lega kerana dapat berbakti.................


di pejabat pula aku terpaksa pikul tanggungjawab dan tugas-tugas ketua aku yang menunaikan ibadat haji selama 40 hari.....ianya bukan satu tugas yang senang memandangkan aku hanya baru 3 tahun bekerja di sini...banyak perkara yang perlu aku pelajari......menjalankan tugas sebagai ketua bukan perkara mudah dan perkara remeh...byk perkara yang kena difikirkan dan banyak keputusan yang terpaksa dilakukan dengan teliti dan telus.....rasa macam tak sanggup nak menanggung kerja-kerja tersebut tambahan pula kerja hakiki aku sendiri yang perlu dibuat.....tertekan juga tapi alhamdulillah baru sajer selesai...ketua aku dah balik......tapi walaupun dia dah mula bekerja...malangnya aku akan dapat ketua yang baru sebab ketua aku yang lama telah bersara dimana hari ini adalah hari terakhir beliau di pejabat.........fikiran aku terdetik2 janganlah disuruh aku menanggung kerja-kerjanya lagi sbb rasa macam tak layak dan tanggungjawab tu terlalu besar untuk dipikul.harap2 top management cepat2 la menghantar pengganti yang baru.


Buat masa sekarang aku ada 3 tugas penting yang perlu dilaksanakan.......kerja pengauditan yang belum selesai dan perlu berfikir untuk membuat analisis dan pandangan audit memakan sedikit masa dan pengorbanan.......dokumen tender dan perjanjian nak kena baca dengan detail sebelum sesuatu report dibuat.........terpaksa pergi ke site untuk membuat lawatan dan siasatan samada projek mengikut spesifikasi kontrak ataupun tidak..............


sekarang aku terasa sangat keseorang.....dengan bebanan tugas dan masalah peribadi aku yang baru saje bermula dan aku sendiri tak pasti sampai bila penghujungnya...........walaupun orang nampak aku happy dan mudah tersenyum tapi kadangkala hati aku ni menangis ........sedih..pilu....macam-macam perasaan yang timbul......aku tahu aku ni bukan seorang yang baik dan bukan seorang lelaki yang sempurna....byk kelemahan diri aku yang orang lain sendiri tidak penah mengetahuinya.............cuma dalam blog ni sahaja aku dapat luahkan segala-galanya.....hubungan aku dengan si "DIA" sekarang tengah retak menunggu belah sahaja..mungkin ini keputusan yang aku ambil.......mungkin aku kejam tapi aku rasa inilah keputusan terbaik yang perlu aku ambil sebelum aku menghancurkan hati dan perasaan si "DIA"..................cuma "DIA" masih mengharapkan sesuatu dari diri aku yang aku sendiri tak mampu untuk memberi keputusan.....aku harap hubungan kami ini akan berakhir kerana aku tak mahu memberi harapan yang mana aku sendiri tidak pasti dan belum bersedia untuk segala-galanya...............


Diri aku ni terasa kejam juga....sms dan call dia semua aku tak jawab....aku membuatkan dia menangis.....aku memang seorang yang kejam...tapi inilah hakikatnya....sebelum masa lebih pergi terlalu jauh dan semakin usia meningkat lebih baik aku membuat keputusan yang terbaik untuk kami berdua.........mungkin terasa pedih dan terluka tapi aku kena menghadapinya.........keputusan yang pastinya memberi sedikit ketenangan dalam hidup aku....kerunsingan yang selama ini bertakhta di hati aku.......

ermmmmmm terasa puas juga bila meluahkan segalanya di dalam blog ini..sekurang-kurangnya aku lega....puas....ni aku baru balik gym...hehhehe sekarang rutin aku dah berubah....waktu opis kerja dan waktu petang aku akan exercise.....pergi gym...hari2 aku pegi gym sekarang ...tapi mungkin lepas ni nak kurangkan at least 2 kali seminggu kira ok laaaa....huhuhuhu......

ok laaa semua yang sudi singgah blog ni...aku ucapkan terima aksih kerana sudi membaca tapi bagi aku kalau tak der sesiapa yang nak baca dan nak masuk blog aku ni pun aku tak kisah sebab tujuan aku buat blog ni selain mencari aku .....aku cuma nak luahkan rasa hati dan coretan hidup aku......orang nak baca atau tak terpulang tak der effect apa pun yang penting aku puassssssssssssssss.....heheehe

ok byeyeye....wassalam
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    May God grant us the serenity to accept the things we could not change, and the courage to change the things we can.
    http://findingbarkat.blogspot.com/


  2. Anonymous Says:

    May God grant us the serenity to accept the things we could not change, and the courage to change the things we can.
    http://findingbarkat.blogspot.com/


Post a Comment