Apabila Ingin Berteman?...

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya....

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya....

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.
Melainkan DIA.



:: Aku juga punya kawan baik yang byk memberi semangat dan peransang.Walaupun masih baru mengenali dirinya tetapi aku bersyukur kerana dia sudi untuk hadir dalam hidup aku.Aku akan cuba menjadi seorang sahabat yang baik di matanya.Apa jua kritikan orang aku akan diam dan hanya bertawakal kepada-Nya::
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Hey what a great site keep up the work its excellent.
    »


  2. Anonymous Says:

    best giler puisi tu...!!!ko buat sendiri?boleh aku copy?jst nak buat koleksi...keep up the good work...!!!


Post a Comment