XPDC Lasak Ke Taman Negeri Endau Rompin











Assalamualaikum.................

Entry kali ini mungkin panjang sedikit sebab byk yg nak aku kongsi cerita dengan semua pembaca blog ini.Actually pada 23-27.06.2006 aku telah menyertai satu xpdc lasak ke Taman Negeri Endau Rompin. Impian aku akhirnya terlaksana gak nak masuk hutan.Dah lama benar aku tak join aktiviti macam ni. Last aku masuk hutan pada tahun 2001 masa tu aku join team Tae Kwan Do (WTF) masa dekat U dulu aa kitaorang masuk hutan negara Kuala Tahan. Untuk pengetahuan korang Taman Negeri Endau Rompin ini memang mencabar sangat sebab hutan memang betul-betul tulen hehehee...(tulen bang).


Kumpulan XPDC ini bertolak dari KL tepat jam 10 malam hari Jumaaat. Memang jauh gila perjalanan dia. Aku dan Kumpulan ini sampai dekat Endau Rompin lebih kurang jam 6 pagi hari Sabtu. Kami singgah di Institut Pengurusan Peladang sekejap untuk solat Subuh dan kemaskan diri. Dah siap-siap kitaorang pun berkumpul laaaaaa semua dresssing baik punya heheh apa yg bestnya kitaorang dibekalkan dengan baju renjer lengkap satu sut dari baju,jaket,kasut,stokin,seluar n tali pinggang tak lupa gak dia bagi poco kat kitaorang. So nak tak nak kena balik ke chalet tukar balik baju yg pakai tadi. Ni laaa first time aku pakai uniform macam tu sebelum ini tak pernah pakai.Cuma sempat pakai seluar askar jer masa aku join askar wataniah kat U dulu tak sempat nak dapat full uniform aku dah berenti huhuhuhu.Rasa mcm bengang gak sebab aku bawa baju byk jugak la konon nak spare laa takut tak cukup hujan ke apa ke kan tapi bila dia dah bekal baju uniform macam tu aku mcm dah agak memang memanjang akan pakai baju yg diaorang kasi. Apa pun inilah namanya pengalaman.


selepas semuanya siap berpakaian uniform kami semua brakfast dulu sebelum bertolak ke Taman Negeri Endau Rompin. Mengantuk pun ada sebab tak cukup tido masa on the way malam tadi kan ermmmmmmmm ni baru mencabar.Sampai di Taman negeri kami dibahagikan kepada 4 kumpulan memandangkan jumlah peserta 41 orang maka satu kumpulan tu ada 11 org dan 3 kumpulan lagi ada 10 org campur lelaki ngan pompuan. Selesai upacara perasmian kitaorg di bagi khemah untuk di pasang. satu khemah 3 org. Aku main tibai jer amik khemah lepastu jalan.Aku tak tengok pun sapa yg nak masuk satu khemah ngan aku heheeh sampai tapak khemah ada lah dua ekor budak rebina follow hehehe.....opss rebina plak...budak lagi diaorang ni. majoriti yg pergi ni pun umur dalam lingkungan 24 kebawah so aku ni kira peserta tua laa nampak gayanya.







selesai pasang khemah dan kemas segalanya maka bermulalah acara tracking yg pertama. Kami semua masuk hutan tapi tak baper jauh laaa sangat sebab waktu tu dah petang.Begitu juga dengan hari-hari berikutnya kitaorang masuk tracking ke dalam hutan. Nanti aku huraikan satu-satu aktiviti yg berlaku dekat Taman Negeri ni sepanjang tempoh XPDC aku ke sana hehehe..........................................................


(1) Tracking [hari pertama,kedua,ketiga]
Hari pertama kami start berjalan dalam kul 2.30 petang sabtu dan kami berada di dalam hutan lebih kurang 4 jam. Di dalam perjalan kami sempat berehat di air terjun (alamak nama aku lupa laaaa).Memang mencabar.Hari kedua dan ketiga lagi mencabar sebab kami kami tracking lebih lama iaitu hampir 6-7 jam di dalam hutan. Penat siotttt tapi pengalaman yang menarik sebab kami jumpa tapak pak belang,tapak rusa yg masih baru.Binatang tu baru jer melalui kawasan tu.Kami juga dapat tengok periuk kera (macam-macam jenis) pokok tongkat ali,kacip fatimah,pulih dara,daun lerek dan pkok bonzai semula jadi.Pokok kipas heheh n macam-macam lagi. Masa jumpa tapak pak belang (harimau) tu takut gak sbb tapak tu masih panas dan baru sangat. Dia sembunyikan diri bila nak bertembung dgn group kami.Taik dia pun sama juga dan juga tempat dia berehat.Menurut renjer Pakcik zaaba yg bawa kami tu dia ckp tu memang kawasan dia nama tempat tu Padang Tujuh tapi Sebelum nak pergi padang tujuh kita mesti melalui Padang satu sampai Padang enam. Selain tu kami juga di bawa ke tapak kem jerman dimana tempat org jerman membuat penyelidikan. kami cuma nampak tapak jer sebab papan dan struktur semuanya org asli dah kebas buat umah depa kot heheeh menurut kata pak zaaba laaaa.Selain tu juga kami di ajar cara handle sekira berlaku apa-apa kecemasan kat kawan-kawan satu group. Pertolongan cemas seperti sekira ada yg terseliuh,patah,luka dan sebagainya. kami juga di ajar cara nak kenalpasti daun yg beracun atau pun tak. Ermmm satu ilmu yg takkan aku dapat kalau tak join XPDC ni. Selain tu yg paling mencabar jiwa raga gak kami diminta untuk masak makan sendiri untuk tengahari tu. Kumpulan aku masak nasi dalam buluh, rebus telur dalam buluh dan kami buat tepung panggang huhuhu makan jer laa apa yg dah di masak kalau tak lapar aaaa..nasib aku bawa bekal biskut hentam biskut pun dah kenyang gak. Ah Ming a.k.a naz siap bawa dapur..untung satu kumpulan ngan dia ni byk peralatan. Siap dia masak air bancuh kopi..pergh pekena kopi dalam hutan sambil cecah biskut sedap siutt huhuhu..Thanks to my group ah ming a.k.a Naz, kak aza, dila, kak ain, rhusy, mie, korie a.k.a husaini( budak degil dan nakal), hafis (budak degil dan nakal), dan epi yg byk bagi kerjasama
(2) Blind Night Walk
Tentu korang nak tahu apa tu blind night walk. Dah la buta jalan waktu malam plak tu. Actually aktiviti ni nak uji semangat para peserta berjalan sorang diri di tengah hutan pada waktu malam.nasib laa malam tu bukan malam jumaat hehehe. Kitaorang berkumpul tepat jam 10.30 malam dan aktivit ini berlang selama hampir dua jam. Pada mulanya kami berjalan di dalam kumpulan terlebih dahulu sebelum dilepaskan berjalan sorang-sorang.Setiap kumpulan hanya di beri sebatang lilin dan raba laa kami cari jalan dalam hutan yg kami tak pernah lalu pun. Sampai di satu checkpoint kami di minta berhenti dan dari checkpoint tu la kami dilepaskan sorang demi seorang berjalan sorang-sorang di dalam gelap tanpa ada apa-apa pelita atau lilin atau lampu suluh.pakai meraba jer laaa jalan sampai laaa ke checkpoint yg terakhir.Takut tu memang ada tapi aku beranikan diri.Nasib laa aku ni org kampung dah biasa sangat dengan keadaan gelap so tak la rasa kekok sangat.Aku adalah org pertama yg kena lalu kawasan tu dan juga org pertama yg sampai ke checkpoint las hehehe bravooo rhuddy wa salut laa rhuddy (heheeh puji diri sendiri) nguah nguah nguah.
(3) River crossing dan Floating
Aktiviti ini di buat pada hari ketiga dan keempat. Satu aktiviti yg menarik dan pertama kali dalam hidup aku untuk floating laaa.Sebelum ni aku mana pernah floating lebih dr sejam heheeh kali ni aku buat dekat 2 jam gak aaaa (gila betul aku). River crosssing ni di mana setiap perserta akn dikehendaki merentasi sungai deras hanya berpegang dengan tali jerk manakala floating plak kami diminta untuk mengapungkan diri di dalam sungai endau tu. Perghhhhhhhhhhhh syokk habis huhuhuhu. Masa floating tu aku laaa org pertama yg turun dan terapung dalam sungai tu yg lawaknya aku org terakhir yg naik heheheheh sampai kecut habis satu badan sampai anu pun macam ada ngan tak der dah hehehe sebab sejuk sangat.River crossing plak ni pengalaman kedua aku aaaa sebab seblum ni aku dah pernah buat jadi aku tak takut sangat hehe (berlagak gak aku ek).Tapi yg best nya aku terbalikkan kenu Amat a.k.a zahri hahahah padan muka dia berlagak sangat ...siap tunjuk2 nak kayuh kenu ngan budak sekor lagi husaini a.k.a Korie heheh.Menggelabah dia kuakauhakuaha aahahahha ...........sampai lintah pun minat kat dia tu yg aku tak tahan tu eeeeeeeeeee dia kena gigit lintah.Harap-harap aku dapat lagi buat benda macam ni dalam hidup aku. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Kat KL mana ada hehehe
ok kawan sambung balik huhuhu
(4) Baca Kompas
Ermmm masa ni laaa yg paling best aku rasa.Masa ini laa aku belajar cara nak guna kompas yg sebelum ni aku sendiri tak tahu. Malam tu kami di beri tugasan untuk mencari arah di kawasan tapak perkhemahan. Kami diberi jarak yg harus ditujui dan untuk sampai ke tempat tu kami kena gunakan kompas. Dan bagi memastikan kami sampai ke checkpoint yg betul setiap checkpoint ada soalan yg perlu kami jawab. ermmmmmmm mencabar jugak apapun group aku lah yg paling hebat sebab yg pertama habis dulu huahauahauhaua.....
aktiviti-aktiviti lain adalah seperti persembahan kumpulan dan ice breaking serta psikologi game...semua best...
thank kepada semua peserta dan juga urusetia yg susah payah menjayakan program ini.
gua suka bangattttt....hehe
kalau nak tgk gambar boleh lawat my fotopages http://rhuddy.fotopages.com





2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Here are some links that I believe will be interested


  2. Anonymous Says:

    Great site loved it alot, will come back and visit again.
    »


Post a Comment