2 Minggu Dalam Hidup Aku



Kisah aku dalam tempoh dua minggu yg agak sibuk..........................

Bermula hari sabtu dan ahad aku ada training koir untuk persembahan Anugerah Khidmat Cemerlang di Putrajaya pada 18.7.2006. Dan hari Isnin nya aku ada rehersal penuh..habis rehersal pada malamnya pula aku ada show sempena Majlis Makan malam untuk atlet SUKMA Kuala Lumpur di Legend Hotel. Perghhhh penat siott..habis function tu dalam 11 malam tak cukup rehat. Paginya pula kena bangun awal nak ke Putrajaya plak menyanyi untuk APC bagi tiga wilayah iaitu Putrajaya,Kuala Lumpur dan Labuan.Balik dr persembahan dekat Putrajaya baru laa boleh rehat 2 hari sampai hari Khamis.
Aktiviti aku di sambung pula pada hari Jumaatnya aku ada kursus di Port Dickson jadi fasilitator untuk Bengkel Pelan Tindakan Pencegahan Rasuah di Selesa Beach Resort. Sampai laaa hari ahad. Isninnya pula aku bercuti sebab hantar kakak aku pergi interview dekat Putrajaya. Lama jugak dekat Putrajaya yer laaa kesian pulak dekat kakak aku kalau aku tak hantar dia pergi sorang bukannya dia tahu. Berkorban laaa sehari cuti. Esoknya pula selasa aku ada APCAS 2006 dekat Prince Hotel KL............heheheeh actual seminar ni last minute aku bagi confirmation. Aku dapat email lama dah untuk invitation pergi seminar ni tapi aku buat derkkk jer sampai laaa hari Jumaat sebelum aku pergi kursus ke PD company tu call aku untuk confrimation. Baru laa aku cakap aku boleh pergi. Padahal hari tu aku ada meeting. Nasib ada opismate aku yg ganti aku pergi meeting huhuhuhu................
Sampai dekat Prince Hotel nak register nama aku tak der dalam senarai alamak malunyerrrrrrrrrr (padan muka aku tu laa bagi last minute confirmation) nasib laa aku bawa print email yg dia hantar dekat aku boleh laa aku prove yg aku memang di invite untuk join conference tu heheh actually conference tu untuk Chief Auditor tapi aku di invite kerana aku bakal chief kot hahaah (perasan sangat)........macam mimpi jer laa lambat lagi aaa......
APCAS 2006 singkatan kepada Asia Pacifik Chief Auditor Summit 2006.........Boleh laa conference tu byk jugak isu yg dukupas di dalam tu....ada gak ilmu yg aku dapat. Conference tu sepatutnya dua hari tapi hari kedua aku tak pergi sbb rasa macam malas sbb nak siapkan keje dekat opis dah lama rasanya tinggal keje aku yg belum siap tu. Hari ni aku tulis blog sbb dah siap dah laa keje tu huhuhu tinggal nak prepare report jer pastu settle kena buat keje baru plak.
Ermm ni ada satu cerita plak aku kongsi ngan korang. Ni ada kes laa dimana sorang datuk ni nak cuba rasuah opismate aku. Actually opismate aku ni yg juga seorang akauntan macam aku gak aaa sama level ngan aku. Dia sekarang tgh investigate satu kes yg melibat sebuah syarikat kontraktor...yg aku geramnya datuk ni cuba nak rasuah dia supaya hantar clean report dekat top management......ermmmm macam ni ke perangai datuk yg di sanjung dimata org..megggelabah betull...............actually oleh kerana aku senior skit dr dia dekat department ni dia dtg laa mengadu dekat aku. Aku sbg abgnya pun nasihat laa apa yg patut heheheeh tak laa teror tapi memberi tunjuk ajar yg sepatutnya. Aku cakap dkt dia apa yg ko jumpa itu yg ko tulis tak payah nak dgr pujuk rayu datuk keparat tu.....kita keje kena laa jujur dan amanah baru laa berkat rezeki kita hhuhuhuuhu pandai cakap laaa aku ni...ni waktu keje tulis blog berkat ker hahaah weii tapi aku cover balik belah petang hehe keje jgn tension....betul tak???.....dan alhamdulillah akhirnya report tu berjaya jugak di hantar dengan secara bebas sebebasnya.........
Kepada kawan-kawan ku diluar sana jgn cuba merasuah.itu amalan yg tak elok.Pihak wartawan dan media jgn hanya menyalahkan pihak kerajaan kerana asyik menerima rasuah tapi cuba diselidiki rasuah itu dtg dr mana??? kadang2 manusia ni lupa pada tanggung jawab kalau dah nampak duit. Aku harap aku pun dijauhkan laaa dr benda2 tak elok macam tu. Actually dekat unit aku ni ada 3 akauntan...aku dgn opismate aku n sorang lagi head bos aku aaaa......tapi semua ok satu kepala keje sepakat. Bakinya semua staff yg ada bawah aku n bwh opismate aku tu aaa......keje kami kat sini byk investigate kes yg mana berkenaaan aaaa tapi kitaorang pun byk gak buat preventive audit....org cakap mencegah lebih baik dr mengubat kan???
ok laa kepada yg sudi mencengah blog aku ni diucapkan terima kasih tak terhingga....byk lagi pengalaman yg nak aku kongsi bersama....moga kita sama-sama kongsi pengalaman kita di weblog ni....
astalavista.....................


sebelum aku menghabiskan coretan aku marilah sama-sama kita vote bloggers idol wokey..aku tak masuk pun just kita bagi support kepada mereka yg masuk..syok gak tgk hehehe.........VOTE 2 fifteen contestent................
0 Responses

Post a Comment