Hari Yang Begitu Sibuk


:: HARI YANG BEGITU MEMENATKAN ::


Assalamualaikum,

Ermm hari ni adalah hari yang paling penat dalam hidup aku. Aku drive dr rumah awal macam biasa dan sampai opis dalam pukul 8 am. Masuk ajer bilik aku dekat opis terus mata aku blurr kejap sebab baru sedar banyak kerja yang belum settle. Hanya beralaskan Kit Kat yg aku beli semalam aku terus mulakan kerja aku.Actually pagi tu ada meeting pasal projek perisian unit aku dan aku belum prepare apa-apa pun untuk mesyuarat tu. Aku nak suruh kerani aku buat kesian pulak sebab pagi lagi dia pun tak breakfast so aku laaaa dengan rendah diri pergi ke mesin fotostat dan fotostat apa yang patut hehe.

Masa meeting tu pulak macam-macam diaorang tanya aku mentang-mentang laaa aku yg handle benda ni ingat semua benda aku boleh ingat ker??? adussss pening jugak aku dalam meeting tadi. Meeting yang start pukul 9.30 am habis pukul 12.30 pm. Rupanya banyak benda yang belum settledown untuk projek ni. Walaubagaimanapun aku akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk meastikan yang unit aku boleh buat kerja lepas habis projek ni. Aku tak nak setiap kali exit meeting akaun tahunan unit aku disalahkan kerana tidak ada pemantauan ke atas sistem akaun yg kitaorang guna sekarang.

Politik pejabat pun sama gak pening nak handle. Yer laaa bila korang masuk organisasi government macam ni korang mesti punya akan perasan politik dekat opis gomen ni kuat sangat. Tapi aku tak nak blame sesiapa sebab bagi aku sebagai seorang hambaNya aku menjalan tugas yg diamanahkan dengan seikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.

Ni aku sajer stay kat opis lagi sebab nak update blog aku. Kekadang aku puas jugak sebab segala benda yg aku tak leh nak cakap kat org aku luahkan dalam blog ni. ermm rasa seronok pun ada tambah kalau byk idea kat kepala ni untuk di taipkan hehehe.Kadang-kadang aku terfikir dan senyum seorang diri sebab aku tak pernah impikan diri aku menjadi seperti sekarang. Walau apa pun aku bersyukur kepada Allah kerana dia atas rezeki dan rahmatNya aku mendapat pekerjaan ini walaupun ianya bukan cita-cita sebenar dalam hidup aku. And bila aku dah cebur diri dalam bidang ni aku rasa seronok pulak dan puas bila aku buat sesuatu itu bukan atas tujuan untuk pujian dan sebagainya.

Aku harap korang semua doakan aku agar aku dapat siapkan projek ini dalam masa yang telah ditetapkan dan lepas habis projek kita orang di unit aku boleh buat kerja dengan baik. ...................

ok geng adiossssss berambus heheehee

jumpa lagi

RHUDDY





0 Responses

Post a Comment