IBU OH IBU

IBU

Selamat hari ibu buat mak,banyak makna dan pengertian untuk mak,hampir aku terlupa untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat mak,atas kesibukan kerja yg terlalu,mujur aku sempat tersedar yg pada 14 Mei tu aku belum wish selamat hari ibu untuk mak aku.

Aku telefon dia sambil aku memandu kereta pada waktu itu,aku sudah tidak peduli kerana waktu itu sudah hampir jam 8.00 malam dan aku masih belum wish dia,walaupun kredit aku masa cuma tinggal beberapa ringgit sahaja sempat jugak aku wish dekat dia dan aku doakan dia berbahagia dan gembira selalu,

Dengan nada suara ,mak merasa gembira sebab anak-anak dia call dan masih ingat pada dirinya,banyak pengorbanan mak yg aku rasa tiada apa benda dalam dunia ni yg boleh aku balas atas segala jasa dan pengorbanan dia kepada aku adik beradik,

seramai 6 orang anak dia besarkan dengan penuh kasih sayang,rela berkorban,rela dia berlapar asalkan anak-anaknya kenyang,

ohhhh aku tak nak lagi ingat perkara silam yg sudah.. cukuplah semua sudah berlalu dan aku tidak perlu tempuh lagi saat-saat itu,

mak kau begitu tabah..aku tidak nampak airmata mu ketika ayah pergi meninggalkan kita sedangkan hati mu merintih hiba dan sedih, kau menangis keseorangan melindungi air mata kesedihan mu dari anak-anak,

aku nampak kesan tangisan mu mak.................

mak kau lah segalanya untuk aku....aku takkan melupakan mu selagi hayat ku ada,selagi nadi ku berdenyut dan selagi diri ku bernafas aku tidak akan membiarkan diri mu sedih lagi mak..

wan sayangkan mu mak mmmmuahhhh !!!!

0 Responses

Post a Comment