ISTILAH KURANG AJAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Macam biasa la kalau ada perkara yang membelengu fikiran aku maka blog la tempat aku meluah segalanya, kalau ada pembaca yang tak enak nak membaca tak yah teruskan membaca dan kepada pembaca yang nak komen silakan....kalau nk kutuk aku ke apa ker or nak marah aku ke dkt blog ni silakan....aku tak der masalah.


Semua orang pernah mendengar istilah "KURANG AJAR" apa yang korang faham dengan perkataan ni? kalau di ertikan dengan perkataan lain dalam Bahasa Melayu ianya bermakna "BIADAP" ataupun senang cakap mak dan bapak dia tak ajar cara yang baik menjadi seorang manusia atau mak bapak dia tak ajar cara adab nak berkawan. Dalam hidup ini jangan hanya fikir diri sendiri dan tak perlu nak mengaibkan orang lain melalui facebook ke or Twitter ke apa ker or di mana-mana jua yang boleh menjadi fitnah kepada kawan kita. Renung dan cermin diri kita sendiri sebelum nak mengaibkan kawan kita. Fikirkannya kawan-kawan.


Kalau ada rasa tak puas hati dengan rakan atau orang yang pernah kita anggap kawan kenapa tidak bawa bersemuka dan berbincang. Kalau berani sangat dan apa di cakapkan dalam facebook tu benar sangat why not berdepan dan bersemuka lepas tu panggil semua kawan-kawan facebook tu jadi saksi then baru la adil dan tahu apa perkara sebenarnya berlaku. Tapi sekarang hanya berani update status dekat Facebook tapi tak berani nak berdepan. Lepas tu kawan-kawan dia dalam facebook yang tak tahu hujung pangkal cerita siap menyokong dengan membuta tuli tanpa menyiasat atau mendengar dari pihak yang dia fitnah. Wahai orang-orang yang ada facebook fikirkan sedalam-dalam sebelum anda semua mempercayai status yang merayu, status stress, status dok kutuk orang, status mengata orang dalam facebook tu BENAR atau TIDAK. Janganlah dok percaya sahaja apa yang ditulis kerana kalau anda percaya bermakna itu satu fitnah. Kenapa tidak korang tanya orang yang buat status-status macam tu cakap balik dengan tuan punya facebook tu kalau berani dan betul sangat status yang di letak SILA BERDEPAN dengan orang yang dia aibkan.


Memang aku akui aku takder Facebook dah..memang dah lama aku delete sebab aku tahu banyak keburukan dari kebaikan yang ada dalam laman sosial tu. Banyak hubungan persahabatan, saudara dan suami isteri yang becerai pun ada disebabkan facebook. Status-status bodoh yang diletak menyebabkan keadaan huru hara berlaku. Kepada orang yang berani sangat letak macam-macam status dekat facebook dia please berdepan dengan aku kalau ko rasa diri ko tu betul sangat. Jangan hanya berani update dekat facebook saje.


Tak perlu aku nak cakap siapa orang tu dan apa yang dibuat, hanya orang yang pernah berkawan rapat dengan dia tahu siapa dia dan sikap dia. Tapi aku cuma nak dia tahu apa yang dia update dekat facebook dia tu adalah satu perkara yang memang boleh mengaibkan orang. Cuma aku minta jangan jadikan facebook tempat nak mengumpat dan menyebabkan kawan-kawan lain yang selama ni baik akan menjadi salah faham dengan cerita-cerita bodoh ko tu. Jangan nak tarik simpati yang bukan pada tempat nya. Kalau ko rasa tak puas hati atau apa jua yang berkaitan dengan aku atau kawan aku please berdepan dengan aku. Perkara ni boleh diselesaikan dengan cara berbincang bukannya jadi macam budak-budak mentah tak cukup umur dok melalak dekat Facebook.


Aku rasa maybe dia tak pernah baca blog aku dan tak pernah masuk blog aku tapi kawan-kawan seangkatan dengan dia sekali sekala ada baca blog aku. Jadi pada kawan dia yang tahu bagitau dekat dia kalau berani berdepan jadi anak jantan bukan jadi pondan yang hanya berani dekat facebook.


Hurmm lega sikit dapat tulis dekat sini. Kepada rakan-rakan mohon maaf lah yer sebab blog ni jarang update tapi bila update marah dekat orang plak. Sebab tu la aku ada blog..hanya blog saje tempat aku meluah dan membuang geladak dalam diri aku.


heheh cowwwwww salam.....


3 Responses
  1. Hezesuze Says:

    wah pondan ye..? hahahaah


  2. Anonymous Says:

    Tahniah sebab dah x tertekan dgn hal2 di UAD...namun kesabaran dan kegigihan itu amat perlu walaupun berada di mana jua...tqs


  3. siput Says:

    aiyooo.. marah sgt bunyik tu bro. ilekss la.. berani kerana benar. kalau betul anak jantan, ape lg. serang le bro hehehe.


Post a Comment