MEMORI SUKA DAN DUKA AKU

Salam............

Sudah terlalu lama rasanya blog ini aku tinggalkan dan hari ni aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang berlegar dalam minda aku. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku, banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku dan banyak juga berita-berita yang aku dengar tentang diri aku. Apa pun aku tetap tabah menghadapi dan menerima apa jua dengan hati yang redha. Mungkin ada juga salah aku tapi dalam hal ini tiada siapa harus dipersalah kerana yang berlaku biarlah berlaku. Apa yang harus dilakukan adalah memandang ke hadapan. Bagi aku biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Aku amat berharap segala yang menjadi tanda tanya telah menjadi jelas, moga tiada lagi persoalan yang harus ditujukan kepada aku dan aku memohon ribuan kemaafaan andai selama ini aku memberi harapan kosong dan memberi satu gambaran kepada sebuah perhubungan, sesungguhnya aku hanya manusia yang kadangkala tidak sedar bahawa tindakan aku menimbulkan satu perasaan yang tidak enak kepada orang sekeliling. Bagi aku.... aku masih belum memikirkan untuk pergi lebih jauh, bagilah ruang untuk aku menjadi kawan dan sahabat agar tidak timbul penyesalan kepada mana-mana pihak di masa akan datang. Cukup pengalaman lepas aku memberi aku satu pengajaran yang amat besar. Aku tak ingin ada lagi hati yang terluka kerana aku. Cukup aku memikul beban kesalahan lampau aku sehingga sekarang beban itu masih aku pikul sehingga kini.

Aku bahagia dengan diri aku sekarang, bagi aku biarlah diri aku sendiri yang menentukan hidup aku.... tidak perlu ada orang lain yang sibuk untuk mencampuri urusan hidup aku. Kerana apa jua yang terjadi dalam hidup aku atas keputusan aku sendiri dan alhamdulillah sehingga kini apa jua yg aku putuskan untuk diri aku...tidak pernah aku sesalkan. Aku percaya pada Qada dan Qadar kerana itulah rukun iman yang setiap orang islam pegang.

Urmmm susah juga hidup ni kan...........kalau tak kahwin susah, kahwin pun susah.............kenapa yer manusia terlalu sibuk menjaga tepi kain orang lain? aku sendiri tak faham, bukankah lebih baik dia menjaga tepi kain diorang sendiri...lain la kalau aku ni buat jahat dekat orang tak per la juga nak jaga tepi kain aku. Biarlah letih juga nak fikir benda remeh yang tak penting aku letakkan dalam kepada otak aku....baik aku abaikan jer horeyyyyyyyyyyyyyy.

ok la aku rasa cukup untuk kali ni ....tak tahu la bila lak aku leh update blog ni kan huhuhu...daaa
4 Responses
  1. Hezesuze Says:

    itu ler asam garam kehidupan uols...idup kalo tak dikata org memang tak sah hehe...yg penting akak tau sape rhuddy & dulik apa org nak kata bukannye dowang yang bagi uols duit or makan kan...huhu

    but sampai bila nak idup membujang?? mihahahaha


  2. Mr.Lonely... Says:

    Abg Rhuddy...

    Hidup ni hanya perlu memikirkan keperluan diri sendiri...tidak perlu memenuhi kehendak (kepuasan hati orang lain semata-mata nak tutup mulut diorang...).Yang penting kita tau apa yang kita lakukan yang terbaik untuk diri kita...Dan kita tak menyesal atas segala keputusan yang kita buat...
    Semoga Abg Rhuddy bahagia dengan kehidupan sekarang...Bak kata lain, pekakkan telinga ajooooooo!!!


  3. Mr.Lonely... Says:

    Thniah coz berjaya keluar dr kepompong...inovasikan dirimu di tempat baru...semoga beroleh pengalaman,kesenangan dan ketenangan di tempat barumu...tunjuk ajar darimu xkan aku lupakan...terima kasih


  4. Rhuddy Says:

    Thanks Mr Lonely, hang pun kena jadi mcm aku gak kuar dr kepompong beluncas supaya jadi rama-rama yang cantik hehehehe.....gud luck


Post a Comment